Segalanya menjurus kepada perpindahan dengan pemain ingin menyertai dan kelab juga mahukan, Denis Suarez.

Dua hari lalu kami melaporkan kisah Denis Suarez yang dikatakan ingin meninggalkan Barcelona berdasarkan sumber media daripada Sepanyol, AS.

Pemain tersebut dalam laporan  terdahulu menyedari betapa sukarnya situasi beliau di Camp Nou dengan pengenali kelab itu, Ernesto Valverde tidak menganggap beliau sebahagian daripada pemain utama skuad, walaupun untuk barisan simpanan.

AS menyatakan perpindahan ke Arsenal adalah 'pilihan utama' buat pemain tengah tersebut dan corak permainan bolasepak Unai Emery dilihat sesuatu yang akan membantu Suarez menyesuaikan diri di kelab Utara London itu.


Dengan media sebelum ini mengatakan Suarez ingin menyertai The Gunners, kini laporan terbaru mengatakan bahawa pihak Emery juga berminat untuk mendapat pemain Barcelona itu.

Dan itu adalah yang didakwa oleh Sport sekarang.

Mereka mengatakan kelab Liga Perdana Inggeris itu telah menyertai senarai mereka yang berminat dalam perpindahan mendapatkan Suarez, dengan Napoli dan AC Milan juga disebut.

Perkembangan terkini pemain tersebut memberi petanda bahawa perpindahan merupakan agenda utama dan persoalan kini,  ke manakah destinasi Suarez. 

Buat masa ini (berdasarkan laporan) beliau berpotensi untuk meninggalkan Sepanyol dan kemungkinan menyertai kelab Eropah lain.

Apa pendapat anda mengenai pemain ini? Kongsikan bersama kami diruangan komen.

Post a Comment

Previous Post Next Post