Perlawanan Liga Europa FC Vorskla menentang Arsenal FC berpindah lokasi.

Arsenal berkunjung ke  Ukraine minggu ini bagi saingan Liga Europa yang dijadualkan berlangsung pada awal pagi Jumaat (waktu Malaysia), 30 November 2018 jam 1.55 pagi.



Perlawanan kelima peringkat kumpulan Liga Europa melibatkan pertembungan diantara FC Vorskla Poltava dan Arsenal pada asalnya dijadualkan berlangsung di Stadium Oleksiy Butovsky Vorskla,  bandar Poltava namun terpaksa dipindahkan ke lokasi lain setelah terdapat kebimbangan mengenai faktor keselamatan.


Panel Kecemasan UEFA semalam (27 November) telah mengambil keputusan untuk menukar venue ataupun lokasi perlawanan dari bandar Poltava berikutan pelaksaan undang-undang tentera dikawasan tertentu di Ukraine.

Kawasasan yang dikawal oleh tentera ketika ini (Kuning gelap).
Perlawanan tersebut akan dilangsungkan di Stadium Olimpiyskiy, Kyiv pada hari Khamis 29 November pada 18: 55CET (jam 1.55pagi waktu Malaysia , 30 November).

Jarak diantara lokasi asal perlawanan (Poltava) yang dipindahkan ke Kyiv.

Pihak UEFA dilaporkan akan terus memantau dan menilai keadaan keselamatan di Ukraine dari masa ke semasa sebelum membuat sebarang keputusan mengenai potensi untuk memindahkan perlawanan lain.
Situasi semasa Ukraine kini cemas ekoran hubungan tegang melibatkan hubungan ketenteraan negara itu bersama pihak Rusia.

Keadaan tegang tersebut memaksa pihak Ukraine melaksanakan undang-undang tentera di beberapa kawasan tertentu.

Ahad lalu, Kapal Pengawal Pantai Rusia telah melepaskan tembakan setelah bertembung dengan tiga kapal Ukraine yang berlayar melalui Selat Kerch di pesisir Crimea.


Dua puluh empat warga Ukraine ditahan dan sekurang-kurangnya tiga cedera dalam insiden tersebut.


Post a Comment

Previous Post Next Post