Statistik dan fakta menarik London Derbies

Enam pasukan London musim 2018/19

London Derbies merujuk kepada perlawanan 'derby' kelab bolasepak yang berpengkalan di London, England. 



Selain menggambarkan 'permusuhan' dua kelab bolasepak, ianya juga secara tidak langsung membabitkan penyokong-penyokong dua kelab yang terlibat.

Bagi derbies London, terdapat dua pertembungan menarik dengan melibatkan perlawanan di antara Arsenal menentang Tottenham Hotspur dan Millwall menentang West Ham United, yang menduduki ranking dua tertinggi derbies London dan  sudah tentu perlawanan tersebut merupakan paling ganas dan panas.

Bagi musim 2018/19, terdapat enam kelab 'bermusuhan' bersaing dalam Liga Perdana melibatkan kawasan ataupun zon Greater London

Rekod perlawanan kelab-kelab London semenjak Liga Perdana Inggeris diperkenalkan hingga sekarang (terkini).

All-Time Premier League London Derbies 1992-93 to 2018-19
# Kelab P M S K J B +/- PPG Mata
1 Arsenal 250 131 65 54 428 249 179 1.832 458
2 Chelsea 249 127 68 54 414 251 163 1.803 449
3 Tottenham Hotspur 249 90 75 84 338 328 10 1.386 345
4 West Ham United 203 66 48 99 243 331 -88 1.212 246
5 Fulham 122 25 34 63 124 201 -77 0.893 109
6 Wimbledon 80 25 22 33 93 115 -22 1.213 97
8 Crystal Palace 93 23 22 48 87 144 -57 0.978 91
7 Charlton Athletic 78 23 17 38 92 129 -37 1.103 86
9 Queens Park Rangers 70 17 20 33 67 92 -25 1.014 71
10 Watford 52 9 13 30 51 97 -46 0.769 40
*PPG = Mata per setiap perlawanan / data setakat 25 Ogos 2018


Manakala bagi musim ini, rekod pertemuan masih terlalu awal dengan Arsenal setakat ini telah bertemu musuh setempat sebanyak tiga perlawanan daripada 10 perlawanan derbi secara keseluruhan musim ini (dilaman sendiri dan dilaman lawan).

Arsenal telah bertemu musuh tradisi sebanyak tiga kali dengan sekali dilaman sendiri (menang keatas Fulham), dua kali dilaman lawan dengan tewas kepada Chelsea dan terikat seri 2-2 dengan Crystal Palace.

Dan The Gunners bakal bertemu musuh setempat yang keempat malam ini apabila menerima kunjungan Spurs di Emirates.

Premier League London Derbies Table 2018-19
Kelab Arsenal Chelsea C.Palace Tottenham West Ham Fulham
Arsenal 20 Jan 19 20 Apr 19 2 Dis 18 3 - 1 1 Jan 19
Chelsea 3-2 3 - 1 28 Feb 19 6 Apr 19 2 Dis 18
C.Palace 2-2 30 Dis 18 0 - 1 9 Feb 19 2 Feb 19
Tottenham 2 Mar 19 3 - 1 16 Mar 19 27 Apr 19 3 - 1
West Ham 12 Jan 19 0 - 0 8 Dis 18 1 - 3 23 Feb 19
Fulham 1- 5 2 Mar 19 0 - 2 21 Jan 19 16 Dis 18

Walaupun perlawanan ini dianggap London Derby, namun ianya lebih dikenali dengan North London Derby.

Tidak dapat disangkal lagi apabila membicarakan mengenai kejayaan dan kekuatan pasukan, Arsenal merupakan kelab paling berjaya di London dengan mengumpul 43 trofi domestik, melebihi separuh trofi yang dikumpul oleh Spurs (21 trofi).

Head-to-head: Aubameyang v Kane




Arsenal Tottenham
Kedudukan Liga 5 3
Mata 27 30
Jumlah Gol 28 23
Jumlah Bolos 16 11
Penjaring Terbanyak Aubameyang (8 gol) Harry Kane (7 gol)
Penjaring kedua terbanyak Lacazette (5 gol) Erik Lamela (4 gol)
Bantuan Gol Terbanyak Héctor Bellerín (4) Christian Eriksen (4)

Post a Comment

Previous Post Next Post