"Saya berikan yang terbaik untuk baju ini" - Lucas Torreira mahukan peminat sentiasa gembira.

Pemain tengah Arsenal, Lucas Torreira telah memberikan temu ramah eksklusif kepada ESPN Brazil minggu ini.



Pemain berusia 22 tahun itu telah bercakap pada stesen televisyen Brazil, RedeTV baru-baru ini dan prestasi mantap serta bertenaga beliau bersama Arsenal ketika ini telah menjadikannya salah seorang pemain yang paling dikehendaki berada di dalam skuad.

Laporan tekini daripada ESPN menjelaskan bagaimana Torreira menjadi pemain yang diperlukan oleh Arsenal terutama pada bahagian tengah yang menyaksikan perbezaan besar kepada skuad kendalian Emery ketika pemain kebangsaan Uruguay ini beraksi.

Ditanya mengenai kekuatannya yang begitu bertenaga berbanding fizikalnya dalam menghadapi saingan liga Inggeris, Torreira memberitahu ESPN Brazil: 

"Kekuatan ini berasal dari diri saya sendiri. Saya mahu teruskan, saya mahu memperbaiki dan terus berkembang sebagai pemain dan saya cuba menjadi seorang yang memberi bantuan kepada rakan sepasukan saya.

"Apabila saya memasuki padang, saya memberikan yang terbaik untuk baju ini dan memberi kegembiraan kepada peminat."

Prestasi mantap Torreira itu juga menyebabkan peminat dan penyokong The Gunners telah menyanyikan (chant) lagu yang sebelum ini dinyanyikan buat legenda kelab, Patrick Vieira kepada beliau.



Dan pemain itu turut mengakui bahawa beliau begitu teruja dan bangga kerana dihargai oleh peminat selain berjaya menggembirakan mereka. 

"Saya tidak tahu ia adalah lagu yang sama dengannya. Tetapi ya, itu adalah lagu yang sangat indah, setiap kali saya mendengar saya merasakan bertenaga ketika saya berada di padang, ia memberi inspirasi (dorongan) kepada saya untuk terus melakukan perkara dengan cara yang terbaik. Saya sangat bangga. "


Chant untuk Vieira


Chant untuk Torreira

Selain itu, Torreira juga telah bercakap mengenai negaranya, Uruguay dalam tembual bersama ESPN Brazil yang mana beliau menjelaskan walaupun negara tersebut tidak mempunyai penduduk yang besar, namun mempunyai beberapa pasukan dan pemain hebat.

"Rahsia yang saya percaya adalah kerendahan hati, kerja, selalu membantu satu sama lain. Jika anda berhenti untuk memikirkan pasukan terbaik di dunia, setiap pasukan mempunyai satu atau dua pemain Uruguay dan kami kira-kira 3 juta. Ini luar biasa."

Post a Comment

Previous Post Next Post