Nasib Thierry Henry terus dirundum malang dan kecewa selepas mengalami kekalahan ketiga dalam permulaan kariernya sebagai pengurus pasukan.
Kekalahan terbaru Monaco dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi ditangan Club Brugge, menyaksikan beliau masih gagal mencatatkan sebarang kemenangan semenjak mengambil alih tugas selaku pengendali daripada Leonardo Jardim awal bulan lalu.
Rekod AS Monaco dibawah kendalian Henry setakat ini.
Tarikh | Saingan | Peringkat | Lawan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Oct 20, 2018 | Ligue 1 | Liga Domestik | R. Strasbourg vs Monaco | 2:1 |
Oct 24, 2018 | UCL | Peringkat Kumpulan | Club Brugge vs Monaco | 1:1 |
Oct 27, 2018 | Ligue 1 | Liga Domestik | Monaco vs Dijon | 2:2 |
Nov 3, 2018 | Ligue 1 | Liga Domestik | Reims vs Monaco | 1:0 |
Nov 6, 2018 | UCL | Peringkat Kumpulan | Monaco vs Club Brugge | 0:4 |
Dalam perlawanan menentang Club Brugge pagi tadi, skuad kendalian Henry dibelasah 4-0 dilaman sendiri dengan ketinggalan 3-0 dibabak pertama.
Bersambung ke babak kedua, Henry cuba melakukan sesuatu kepada pasukannya dalam membangkitkan semangat anak buahnya untuk merapatkan jurang namun, jelas sekali pelawat lebih berbisa apabila menambah satu lagi gol untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan penuh 4-0, berpihak kepada pasukan pelawat.
Gol-gol Club Brugge dijaringkan oleh Hans Vanaken (12'), Hans Vanaken (17'), Wesley (24') dan Ruud Vormer (85').