"Saya pilih Arsenal" - pemain muda, Nabil Jaadi dedah bagaimana perpindahan ke Arsenal gagal setelah ejen dipenjarakan

Mogi Bayat merupakan ejen terkenal bolasepak Belgium.

Mogi Bayat adalah ejen bolasepak yang kini menghabiskan masa di dalam penjara kerana terlibat dalam pengubahan wang haram dan mengatur perlawanan.



Dan ia disebabkan oleh ejen kelahiran Iran berusia 44 tahun itu, salah seorang bekas pelanggannya gagal melengkapkan 'impian' ke Arsenal.

Pemain muda bernama Nabil Jaadil merupakan 'mangsa' yang dimaksud yang menerima kesan dan akibat daripada tindakan Bayat, kini tidak mewakili mana-mana kelab dan kisah serta pendedahan mengenai apa yang telah berlaku terhadap dirinya terutama perpindahan ke Arsenal diceritakan beliau kepada Les Sport hujung minggu lalu.

Nabil Jaadil, pemain kelahiran Belgium yang memiliki darah keturunan Maghribi.
Kisah berlaku pada Januari 2014 apabila The Gunners, yang dikendalikan oleh Arsene Wenger pada ketika itu telah menyuarakan minat mereka untuk mendapatkan Jaadil.

Ketika itu, Jaadi berusia 17 tahun dan kontrak pemain tengah kelahiran Belgium itu bakal berakhir bersama kelabnya, Anderlecht pada musim panas.

Dan beliau terpaksa memilih sama ada untuk memperbaharui perjanjiannya dengan pihak Belgium atau mencuba sesuatu yang baru di luar negera dengan Liga Perdana Inggeris telah memangilnya.



Beliau telah membuat pendedahan mengenai kisah sebenar yang menimpa dirinya dalam laporan tersebut dengan mengatakan:

"Di Anderlecht, mereka memberitahu saya bahawa jika saya mahu berunding dengan mereka, saya perlu mengambil Mogi sebagai ejen saya

"Saya masih muda dan saya menerimanya dengan serta-merta, terutama kerana dia mempunyai reputasi yang baik.

"Anderlecht menawarkan saya perjanjian baru selama lima tahun. Saya mempunyai beberapa hari lagi di untuk membuat keputusan dan saya berjumpa dengan Mogi.

"Terdapat empat tawaran, Arsenal, Liverpool, Inter dan Milan. Beliau memberitahu saya untuk memilih kelab saya dan dia akan mengaturkan semuanya

"Saya memilih Arsenal kerana mereka adalah kelab yang sentiasa membuat saya bermimpi dan untuk beraksi semenjak kanak-kanak.



"Saya fikir saya akan mendaftar di sana (Arsenal). Hari-hari berlalu dan tiada apa yang berlaku, sehingga hari terakhir jendela perpindahan ketika Mogi memanggil dan memberitahu saya, bahawa kami akan ke Itali dan menandatangani untuk Udinese

Bayat mengatakan bahawa kelab Serie A telah membuat tawaran lebih tinggi daripada The Gunners, dan Anderlecht telah menerima Udinese berbanding kelab London.

Semenjak itu, bermulalah mimpi buruk Jaadi di Itali apabila dihantar ke skuad simpanan sebelum dipinjamkan (keluar) kepada lima kelab dalam tempoh empat tahun.

Musim / Tahun Kelab Penampilan Jaringan
2013–2014 Anderlecht 0 0
2014– Udinese 0 0
2015 Latina (dipinjamkan) 5 0
2015–2016 Granada B (dipinjamkan) 27 1
2016–2017 Ascoli (dipinjamkan) 9 0
2017 Olhanense (dipinjamkan) 8 0
2018 Asteras Tripoli(dipinjamkan) 1 0

Akhirnya Jaadi membuat keputusan, setelah merasakan segala yang dilaluinya sudah terlalu teruk dan beliau 'menendang' keluar Mogi Bayat selaku ejen dan menggantikannya dengan Mino Raiola.

Pemain berusia 22 tahun yang mampu beraksi pada posisi penyerang kedua, sayap kanan dan kiri, juga memutuskan untuk membatalkan kontraknya bersama Udinese pada bulan Ogos lalu dan beliau kini dilaporkan sedang mencari kelab baru. 

Post a Comment

Previous Post Next Post