Klausa 25 penampilan Ospina didedahkan.

David Ospina kini telah membuat sebelas penampilan untuk Napoli secara keseluruhan termasuklah saingan Liga Juara-Juara dan Serie A.



Setelah ketibaan penjaga gol Jerman, Bernd Leno di Emirates, beliau terpaksa mencari jalan bagi membolehkan beliau terus beraksi setelah gagal mencabar Petr Cech sebelum ini.

Walaupun telah membuat 11 penampilan secara keseluruhan bersama Napoli, namun beliau ketika ini masih berkongsi posisi tersebut bersama penjaga gol tetap Gli Azzurri, Orestis Karnezis yang telah membuat lima penampilan liga setakat ini.

Sebelum ini pada 16 November, kami membawakan cerita mengenai klausa yang menyebabkan Arsenal rela melepaskan penjaga gol kebangsaan Colombia ini secara tetap kepada Napoli.




Napoli ketika ini mempunyai Alex Meret yang ditandatangani pada awal musim dan dilihat sebagai penjaga gol nombor satu Napoli.

Namun kecederaan tangan yang dialami oleh penjaga gol berusia 21 tahun itu memaksa Napoli mendapatkan Ospina secara pinjaman.

Dengan Alex Meret dilihat sebagai pemain nombor satu untuk jangka panjang, terdapat laporan mengatakan bahawa Napoli sedia menjadikan Ospina sebagai pemain tetap mereka musim depan.

Menurut CalcioNapoli24, klausa dalam perjanjian pinjaman penjaga gol The Gunners itu bersama kelab Napoli, mengatakan bahawa kelab Naples itu boleh menjadikan perpindahan itu secara kekal jika Ospina telah memainkan 25 perlawanan dan bukannya 30 perlawanan sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

Pun begitu, pihak Napoli perlu membayar yuran perpindahan sebanyak sebanyak € 3.5 juta kepada Arsenal mengikut hak penebusan yang terkandung didalam perjanjian pinjaman itu.

Dan semua ini dapat menjelaskan mengapa Karnezis terus mendapat tempat dalam beberapa perlawanan, dengan kelab Itali itu bertekad untuk memastikan pilihan mereka sentiasa terbuka dan tidak akan melakukan pembelian kecuali jika mereka benar-benar yakin.

Post a Comment

Previous Post Next Post