Pengurus Maghribi enggan mengalah pujuk Guendouzi.

Sejak pemain muda ini tiba di Arsenal pada musim panas, kami telah banyak menceritakan perkara berkaitan Matteo Guendouzi.

Pemain tengah berusia 19 tahun ini berjaya mencuri sebilangan hati penyokong dan peminat The Gunners dengan persembahannya yang menakjubkan, lebih-lebih lagi dengan usia yang masih muda dan beraksi bersama skuad utama bagi liga yang baru disertai beliau.

Aksi persembahan mantap beliau itu menyebabkan pengendali skuad U21 Perancis, Sylvain Ripoll memanggil beliau bagi aksi persahabatan antarabangsa bawah 21 tahun baru-baru ini.

Guendouzi telah membuat dua penampilan setakat ini bersama skuad bawah 21 tahun Perancis iaitu ketika menentang Croatia dan Sepanyol U21.

Tarikh Lawan Keputusan Posisi Minit Beraksi
15 November 18 Croatia U21 2:2 CM 90'
16 November 18 Switzerland U21 1:1 Tiada dalam skuad
19 November 18 Sepanyol U21 1:1 CM 29'

Walaupun beliau telah menyatakan dengan jelas bahawa beliau mahu bermain untuk negara kelahirannya (Perancis), namun pemain tengah itu juga layak bermain untuk Maghribi kerana memiliki darah keturunan negara itu.
Sebelum ini, pengurus Maghribi, Herve Renard pada 2017 pernah memujuk Guendouzi supaya mengubah fikiran untuk bermain mewakili skuad Lions of the Atlas.

Bagaimanapun selepas bapa beliau menemui Renard pada bulan Mac 2017, Guendouzi memutuskan untuk kekal dan berjanji setia kepada Perancis.

Pun begitu, pihak Maghribi tidak pernah berputus asa dan tetap cuba memujuk beliau, namun setiap percubaan tersebut dipenuhi dengan jawapan sama.

Dengan cap U21 pertamanya untuk Perancis, sepatutnya menamatkan kisah Maghribi untuk memujuk pemain ini.

Namun, ketua jurulatih Maghribi menurut L'Equipe pada hari Isnin, tidak bersedia untuk menyerah kalah dan bakal meneruskan usaha memujuk Guendouzi  pada awal tahun depan, 2019.


Laporan itu juga menjelaskan bahawa peluang terlalu tipis buat pihak Maghribi untuk memujuk Guendouzi namun kita tidak boleh menyalahkan Renard kerana terus mencuba.

Sememangnya, pemain muda The Gunners itu sendiri adalah sangat hebat!

Post a Comment

Previous Post Next Post