Manchester City dapat kelebihan pemain yang dikatakan pengganti Monreal

Menjadi kebiasaan media Sepanyol apabila seseorang pemain yang mempamerkan persembahan cemerlang ketika menentang Barcelona atau Real Madrid, ianya adalah sesuatu yang perlu diperbesarkan.

Dan ianya amat mudah difahami apabila bermain menentang dua pasukan terhebat Sepanyol itu, menjadi kebiasaan juga  buat mana-mana pemain mahupun pasukan akan menampilkan aksi luar biasa kerana menjadi satu kebanggaan apabila berjaya menewaskan ataupun mengekang asakan dua pasukan tersebut.

Juga ianya pasti merupakan pentas terbaik buat mana-mana pemain untuk memasarkan diri masing-masing apabila menentang dua kelab gergasi itu.

Berdasarkan itu, AS hari ini melaporkan berita mengenai kehebatan Junior Firpo.

Junior Firpo sertai Betis pada tahun 2014.
Pemain berusia 22 tahun yang beraksi pada posisi pertahanan kiri, pernah dikaitkan dengan The Gunners sebelum ini.

Pada bulan Jun lalu, Junior dikatakan mendapat perhatian pengendali Arsenal, Unai Emery dengan laporan yang mengatakan bahawa pemain tersebut merupakan pengganti kepada Nacho Monreal.

BACA: Unai Emery kenal pasti pengganti Nacho Monreal.

Dan menurut laporan tersebut, Arsenal mampu mendapatkan Junior dengan menebus kontrak pelepasan yang bernilai £ 22 juta (€ 25 juta).
Namun bukan sahaja Arsenal yang berminat terhadap pemain kelahiran Republik Dominika ini, kelab Inggeris yang lain seperti Manchester City juga dilaporkan berminat untuk menandatangani beliau.

El Confidencial, pada bulan September lalu telah melaporkan dimana pengendali kelab tersebut, Pep Guardiola terkesan terhadap penampilan debut Junior bersama Betis pada bulan Februari.

Pada ketika laporan kuat mengaitkan Arsenal dan Manchester City terhadap pemain ini, klausa pelepasan Junior masih berada pada £ 22 juta (€ 25 juta), namun setelah pemain tersebut memperbaharui kontraknya pada bulan Ogos, nilai pelepasan baharu adalah sebanyak £ 52.37 juta (€ 60 juta).

Bagi Arsenal, nilai sebanyak itu buat seorang pemain pertahanan mungkin terlalu tinggi, namun tidak buat Manchester City yang mana pengendali kelab itu pernah membawa masuk Kyle Walker dengan nilai perpindahan sebanyak £50 juta.


Infographic: The Premier League's Most Expensive Defenders | Statista

Junior setakat ini telah membuat 11 penampilan bersama Betis musim ini dengan tiga perlawanan merupakan aksi cemerlang beliau dimana beliau telah menjaringkan gol dan juga menghasilkan bantuan gol. 

Satu gol dalam perlawanan berkesudahan seri 3-3 menentang Celta Vigo diikuti dengan menghasilkan satu bantuan gol ketika seri 1-1 melawan AC Milan, dan berjaya mempamerkan prestasi yang cukup menakjubkan ketika Betis mencatatkan kemenangan 4-3 ke atas Barcelona dengan satu gol dan satu bantuan gol dihasilkan beliau.

Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
LaLiga 11 2 1
Europa League 2 - 1
Copa del Rey - - -
Jumlah  18/19 13 2 2

Tiba di Sepanyol pada usia enam tahun bersama keluarganya, Junior tidak banyak mengetahui mengenai bolasepak.

Dimana di negara asal beliau, Republik Dominika, semuanya hanyalah mengenai baseball dan bola keranjang sahaja.

AS melaporkan bahawa selepas menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah, ibu bapa junior menemui sebuah kelab bolasepak untuk pemain tersebut meluangkan masa.

Namun Junior dikatakan tidak begitu menyukai bolasepak dan sering merungut ketika pulang dari latihan.

Situasi mula berubah dan terima kasih kepada jurulatih yang prihatin kerana Junior kini  merupakan seorang pemain muda yang telah mendapat perhatian Luis Enrique untuk pasukan kebangsaan Sepanyol.

laporan AS menyebut dimana mereka tidak bersetuju dengan jumlah klausa yang dinyatakan diatas dengan mendakwa bahawa ianya adalah sekitar £43.56 juta (€50 juta) dan Arsenal serta Torino dikatakan berminat untuk menandatangani Junior, begitu juga dengan Manchester City yang turut dikatakan paling berminat.

Dan Pep Guardiola turut mendapat kelebihan apabila ejen pemain tersebut merupakan adik kepada beliau, Pere Guardiola.

Post a Comment

Previous Post Next Post