7 Rekod tanpa kalah terpanjang dalam Liga Perdana Inggeris.

Liverpool ketika ini menghuni tangga teratas liga setelah mengharungi 17 perlawanan dan mereka setakat ini masih belum mencatatkan sebarang kekalahan.



Dengan 45 mata hasil daripada 14 kemenangan dan tiga keputusan seri, Jurgen Klopp berjaya membawa The Reds berada di tangga teratas liga ketika ini.

Musim lalu, Manchester City merekodkan 30 perlawanan tanpa kalah yang akhirnya pasukan kendalian Pep Guardiola itu dinobatkan selaku juara liga.

Walaupun kita mengentahui bahawa The Gunners merupakan pemegang rekod tanpa kalah paling lama dengan 49 perlawanan, namun beberapa percubaan hampir dicipta selepas musim 'invisible' Arsenal itu.

Berikut adalah tujuh rekod tanpa kalah terpanjang dicipta dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

7. Chelsea, 2016/17 

Selepas tewas kepada Liverpool dan Arsenal, Chelsea dibawah pimpinan Antonio Conte telah memenangi 13 perlawanan berikutnya.

The Blues juga merekodkan sembilan perlawanan tanpa bolos  sepanjang 13 perlawanan itu dan ianya termasuklah kemenangan 4-0 yang mengasyikkan ke atas Manchester United.

Walau bagaimanapun, Tottenham mengakhiri 'kekuasaan' Chelsea dengan dua gol daripada Dele Alli ketika pertemuan pada 4 Januari 2017 (Spurs menang 2-0).

Walaupun kalah di White Hart Lane, Chelsea masih menamatkan saingan liga dengan tujuh mata didepan Spurs untuk muncul juara liga.

Pos Team Pld W D L GF GA GD Pts
1 Chelsea (C) 38 30 3 5 85 33 +52 93
2 Tottenham Hotspur 38 26 8 4 86 26 +60 86



6. Liverpool, 2013/14 
Skuad Liverpool musim 2013/14 sangat menghiburkan untuk ditonton dan mereka nyaris-nyaris menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali pertama semenjak diperkenalkan.

Selepas tewas kepada Chelsea pada 23 Disember 2013, The Reds merekodkan 16 perlawanan tanpa kalah disamping turut merekodkan 11 kemenangan berturut-turut di antara Januari hingga April, yang  membawa mereka menghampiri kepada gelaran juara liga.

Dengan hanya baki dua perlawanan sahaja lagi, Liverpool seolah-olah begitu pasti menjuarai liga, dengan mendahului Chelsea, perbezaan dua mata.

Pos Team Pld W D L GF GA GD Pts
1 Liverpool 36 25 5 6 96 46 50 80
2 Chelsea 36 24 6 6 69 26 43 78

Walau bagaimanapun kunjungan Chelsea ke Anfield pada 27 April 2014 menjadi mimpi buruk bagi penyokong Liverpool  selepas Demba Ba dan Willian memberikan Chelsea kemenangan 2-0.

Dan kekalahan itu serta seri pada perlawanan berikutnya menentang Crystal Palace, menyaksikan Liverpool sekadar menamatkan saingan liga ditangga kedua, dua mata dibelakang Manchester City (86 mata).

5. Manchester United, 2016/17 
Walaupun hanya menamatkan saingan ditangga keenam, namun Manchester United sebenarnya mempunyai rekod tidak kalah paling lama dalam Liga Perdana Inggeris musim itu.

The Red Devils mencatatkan 25 perlawanan tanpa kalah termasuk 12 perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

Arsenal menamatkan kecemerlangan pasukan Jose Mourinho dengan kemenangan 2-0 pada Mei 2017 apabila Granit Xhaka dan bekas pemain United, Danny Welbeck menjaringkan gol buat The Gunners.


4. Manchester City, 2011/12 
Setelah menjulang Piala FA musim sebelumnya, Manchester City sememangnya menjadi pilihan utama untuk memenangi gelaran Liga Perdana dan mereka bermula dengan cemerlang pada musim itu.

City memenangi 12 daripada 14 perlawanan pertama mereka dengan dua lagi perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

Kehebatan mereka tidak diragui lagi untuk menjuarai liga selepas mencatat kemenangan besar, 6-1 di Old Trafford ke atas Manchester United.

Namun Chelsea bersama pengurus mereka, Andre Villas-Boas mengalahkan City walaupun ketinggalan seawal minit kedua perlawanan hasil jaringan Mario Balotelli. 

Pun begitu, The Blues berjaya bangkit untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Raul Meireles dan sepakan penalti dari Frank Lampard.


3. Manchester United, 2010/11
Bermula dengan cukup cemerlang apabila pada musim itu, Red Devils telah mencatatkan 24 perlawanan awal tanpa sebarang kekalahan sebelum mengungguli tahkta liga untuk gelaran ke-19 mereka.

Disebalik kecemerlangan itu, Wolves berjaya menamatkan rekod tanpa kalah mereka apabila berjaya menewaskan skuad bimbingan Sir Alex Ferguson dengan keputusan 2-1 pada 5 Febuari 2011.

2. Chelsea, 2004/05
Jose Mourinho meraih gelaran Juara Liga Perdana pada musim pertama beliau dalam liga Inggeris bersama Chelsea dengan mengumpul 95 mata, 12 mata dibezakan dengan Arsenal yang menghuni tangga kedua liga.



The Blues hanya mencatatkan satu kekalahan sepanjang kempen musim itu setelah tewas 1-0 kepada Manchester City. 

Kecemerlangan Chelsea dengan rekod tanpa kalah diteruskan pada musim berikutnya (2005/06) sebelum dimusnahkan oleh Manchester United pada 6 November 2005, mengakhiri 40 perlawanan tanpa kalah The Blues.

1. Arsenal, 2003/04
Rekod Arsenal yang masih utuh dan penuh bangga apabila menjuarai liga selepas mengharungi 38 perlawanan tanpa sebarang kekalahan.

The Gunners pada musim 2003/04 mempunyai status legenda tersendiri apabila menamatkan musim dengan 38 perlawanan, menang 26, seri 12, kalah 0.

Arsenal melebarkan rekod tanpa kalah pada musim berikutnya kepada 49 perlawanan sebelum kalah 2-0 ke Manchester United.

Post a Comment

Previous Post Next Post