The Gunners tersingkir daripada saingan Piala Carabao selepas tewas 0-2 dilaman sendiri kepada musuh tradisi, Spurs.
Kekalahan ini sudah tentu amat pahit dan menyedihkan bukan sahaja kerana tersingkir daripada perjalanan dalam memburu trofi ( peluang untuk melihat Emery merangkul trofi pertama), malahan kekalahan ini menjadi lebih perit kerana tewas kepada musuh setempat yang berjaya ditewaskan dua minggu lalu.
Dari sudut positif, kekalahan ini juga menjadi pengajaran penting dalam proses mengembalikan kegemilang Arsenal di bawah Unai Emery.
Tidak dapat dinafikan bahawa pertemuan pagi tadi sedikit berbeza dengan apa yang dipamerkan The Gunners jika dibandingkan dengan perlawanan sebelum ini, ketika menewaskan mereka (Spurs) dengan keputusan 4-2.
Dari sudut positif, kekalahan ini juga menjadi pengajaran penting dalam proses mengembalikan kegemilang Arsenal di bawah Unai Emery.
Tidak dapat dinafikan bahawa pertemuan pagi tadi sedikit berbeza dengan apa yang dipamerkan The Gunners jika dibandingkan dengan perlawanan sebelum ini, ketika menewaskan mereka (Spurs) dengan keputusan 4-2.
Barisan kesebelasan utama yang digunakan Emery ketika menewaskan Spurs dalam saingan Liga Perdana Inggeris, 2 Disember lalu.
Pada perlawanan pagi tadi, Tottenham mendedahkan kelemahan utama Arsenal iaitu 'pertahanan' dan 'mengajar' Emery kekuatan mereka (Spurs) apabila menyempurnakan dua percubaan hasil daripada tiga percubaan tepat yang dilakukan mereka pagi tadi.
Bagi Arsenal, ketumpulan jentera serangan dan kerapuhan benteng pertahanan merupakan pengajaran pahit yang terpaksa ditelan, baik Emery mahupun kita selaku peminat dan penyokong The Gunners.
Namun apa pilihan yang tinggal buat Emery terutama pada barisan pertahanan?
![]() |
Statistik penuh perlawanan. |
Bagi Arsenal, ketumpulan jentera serangan dan kerapuhan benteng pertahanan merupakan pengajaran pahit yang terpaksa ditelan, baik Emery mahupun kita selaku peminat dan penyokong The Gunners.
Namun apa pilihan yang tinggal buat Emery terutama pada barisan pertahanan?
Barisan kesebelasan utama yang digunakan Emery ketika tewas kepada Spurs dalam saingan Piala Carabao pagi tadi.
Jentera serangan Unai Emery dilihat tidak cukup klinikal di depan gawang Spurs pagi tadi dan sepatutnya Arsenal mendahului lawan menerusi percubaan Henrikh Mkhitaryan yang menuju tepat ke arah Paulo Gazzaniga pada minit ke-11.
Sementara percubaan Aaron Ramsey pada minit ke-42 untuk menyamakan kedudukan ditepis penjaga gol Spurs sebelum terkena tiang gol dan percubaan Lacazette pada minit ke-60 juga sekadar tepat ke tiang gol.
Pada barisan pertahanan, sememangnya kita mengetahui bahawa ketika ini beberapa pemain utama pada posisi tersebut mengalami kecederaan yang mana khidmat mereka terpaksa dilupakan buat perlawanan awal pagi tadi.
Dan jelas sekali kerapuhan benteng pertahanan dihukum Spurs dengan dua gol hasil gerakan mudah terutama gol kedua selepas barisan Emery ghairah mencari gol penyamaan.
Namun apakah pilihan yang tinggal buat Emery pada barisan pertahanan selepas ketiadaan Rob Holding, Shkodran Mustafi, Sead Kolasinac, Héctor Bellerín dan Konstantinos Mavropanos.
Granit Xhaka terpaksa digunakan Emery sebagai pertahanan tengah pada perlawanan ini yang sebenarnya merugikan barisan tengah Arsenal.
Peranan Xhaka sebagai 'deep lying' sebagaimana sebelum ini jelas merencatkan barisan tengah Arsenal yang mana gagal dimain dengan baik oleh Matteo Guendouzi yang bergandingan dengan Lucas Torreira.
Namun, Emery kemudian memasukkan Koscielny menggantikan Mkhitaryan bagi memperkukuhkan barisan pertahanan dengan menolak Xhaka ke atas.
Dan hasilnya, Arsenal kembali menguasai perlawanan (ball posssession) namun ianya gagal untuk menyekat kemaraan Spurs ataupun menghasilkan sebarang gol setelah Spurs 'berkampung' dihalaman sendiri.
![]() |
Statistik separuh masa pertama dan kedua. |
Kerapuhan benteng pertahanan yang mudah ditembusi Tottenham untuk kedua-dua gol sangat membimbangkan, selepas sebelum ini menyaksikan Southampton trut berjaya menjaringkan tiga gol pada hari Ahad lalu.
Bukan untuk menidakkan kemampuan Laurent Koscielny dan Nacho Monreal, kedua-dua mereka baru sahaja pulih dari kecederaan (jangka panjang) dan kelihatan tidak meyakinkan sama ada dalam permainan pagi tadi ataupun dalam corak taktikal Emery.
Sudah pasti perkembangan tersebut akan mendorong ketua pengambilan The Gunners, Sven Mislintat untuk melihat pengambilan baru pada posisi tersebut bagi meningkatkan kekuatan pertahanan menjelang jendela perpindahan yang akan dibuka bulan depan.
Highlight perlawanan
Kekalahan ini walaupun pahit, namun ianya menyedarkan bahawa Arsenal masih kekurangan 'squad depth' dalam menghadapi saingan musim ini bagi kesemua kejohanan.
Dengan tersingkirnya dari saingan Piala Carabao, The Gunners masih berpeluang untuk memenangi dua lagi piala iaitu Piala FA dan Liga Europa.
Manakala saingan Liga Perdana pula dilihat agak sukar untuk mencabar pendahulu liga ketika ini, namun sasaran untuk menempatkan diri dikalangan empat pasukan teratas masih terbuka.