Pertahanan tengah Liverpool, Lovren menyasarkan musim tanpa kalah The Reds musim ini.
Rekod tanpa kalah Arsenal yang dicipta pada musim 2004/04 dalam saingan liga masih kekal tanpa dipecahkan mahupun diatasi oleh mana-mana pasukan hingga ke hari ini.
Liga Perdana Inggeris musim 2003/04 merupakan musim ke-12 dijalankan semenjak mula diperkenalkan pada tahun 1992.
Pada musim tersebut, Arsenal muncul juara setelah menamatkan saingan tanpa sebarang kekalahan dan merupakan pasukan pertama yang melakukannya dalam liga yang beraksi sebanyak 38 perlawanan.
Dan rekod tanpa kalah dalam saingan liga itu secara keseluruhannya merupakan kedua dicipta selepas Preston North End melakukannya pada tahun 1889, kira-kira 129 tahun yang lalu.
Namun ketika itu, liga dimainkan sebanyak 22 perlawanan sahaja dan untuk rekod yang dicipta oleh The Gunners, ianya sangat sukar dipecahkan setakat ini dimana menamatkan saingan liga semusim 38 perlawanan tanpa kalah, selain 49 perlawanan secara keseluruhan tanpa kalah.
Dalam perkembangan terkini, pertahanan Liverpool, Dejan Lovren percaya pasukan beliau dibawah pimpinan Jurgen Klopp mampu mencipta sejarah sebagaimana dilakukan Arsenal dahulu.
![]() |
Pelik ye..kenapa Arsenal dapat trofi emas? 😝 |
Walaupun perjalanan liga musim ini masih jauh, namun pemain tengah Liverpool, Dejan Lovren merasakan The Reds memiliki keupayaan untuk menamatkan musim ini tanpa sebarang kekalahan.
If the Gunners can do it, then why can't Klopp's Reds?-- Goal
Memetik sumber Goal, pemain pertahanan tengah itu berkata:
"Arsenal melakukannya sebelum ini mengapa tidak?" jelas Lovren.
"(Menewaskan Man Utd) adalah keputusan yang baik yang saya katakan untuk kami. Semoga kami kekal tidak dikalahkan sehingga akhir musim.
"Sudah tentu ia menjadi cabaran tetapi ini yang kami mahukan, sebab itulah kami datang ke Liverpool, kerana kami tahu kami dapat melakukannya."
Pertahanan Crotia itu menyertai Liverpool pada 27 Julai 2014 dan beliau menjadi pemain Southampton ketiga yang menyertai The Reds pada jendela perpindahan musim tersebut, selepas Rickie Lambert dan Adam Lallana.
Lovren menandatangani perjanjian selama empat tahun dengan yuran perpindahn dianggarkan berjumlah £ 20 juta, menjadikan beliau pemain pertahanan paling mahal dalam sejarah Liverpool sebelum dipotong oleh Virgil Van Dijk pada tahun ini, 2018.
Pertahanan Crotia itu menyertai Liverpool pada 27 Julai 2014 dan beliau menjadi pemain Southampton ketiga yang menyertai The Reds pada jendela perpindahan musim tersebut, selepas Rickie Lambert dan Adam Lallana.
Lovren menandatangani perjanjian selama empat tahun dengan yuran perpindahn dianggarkan berjumlah £ 20 juta, menjadikan beliau pemain pertahanan paling mahal dalam sejarah Liverpool sebelum dipotong oleh Virgil Van Dijk pada tahun ini, 2018.
15 Pemain termahal dibeli oleh Liverpool
Player | Club | Fee | Date |
---|---|---|---|
Virgil Van Dijk | Southampton | £75,000,000 | 1 January 2018 |
Alisson Becker | Roma | £65,000,000 * | 19 July 2018 |
Naby Keita | Red Bull Leipzig | £52,750,000 | 1 July 2018 |
Mohamed Salah | Roma | £43,900,000 * | 22 June 2017 |
Fabinho Tavarez | AS Monaco | £43,700,000 * | 1 July 2018 |
Andy Carroll | Newcastle United | £35,000,000 | 31 January 2011 |
Alex Oxlade-Chamberlain | Arsenal | £35,000,000 | 31 August 2017 |
Christian Benteke | Aston Villa | £32,500,000 | 22 July 2015 |
Sadio Mané | Southampton | £30,000,000 | 28 June 2016 |
Roberto Firmino | TSG 1899 Hoffenheim | £29,000,000 * | 6 July 2015 |
Adam Lallana | Southampton | £25,000,000 * | 1 July 2014 |
Georginio Wijnaldum | Newcastle United | £25,000,000 * | 22 July 2016 |
Luis Suarez | Ajax | £22,800,000 | 31 January 2011 |
Fernando Torres | Atletico Madrid | £20,200,000 | 4 July 2007 |
Dejan Lovren | Southampton | £20,000,000 * | 27 July 2014 |
Rekod Urusniaga Liverpool - Southampton
Player | From/To | Fee | Date |
---|---|---|---|
Rickie Lambert | From | £4,500,000 | 2 June 2014 |
Adam Lallana | From | £25,000,000 * | 1 July 2014 |
Dejan Lovren | From | £20,000,000 * | 27 July 2014 |
Nathaniel Clyne | From | £12,500,000 | 1 July 2015 |
Sadio Mané | From | £30,000,000 | 28 June 2016 |
Virgil Van Dijk | From | £75,000,000 | 1 January 2018 |
Danny Ings | To | £20,000,000 * | 9 August 2018 |