Minat Arsenal di Brazil diperkukuhkan namun kelab dan pemain mempunyai idea perpindahan berbeza.

Bulan lalu, terdapat khabar angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di Brazil mengatakan bahawa Arsenal, Chelsea, Benfica dan Barcelona semuanya berminat terhadap pertahanan kanan Atletico MG, Emerson.


Pemain itu sendiri mengulas mengenai khabar angin yang mengaitkan diri dengan beberapa kelab Inggeris dan menyifatkan bahawa ianya sebagai pembakar semangat kepada dirinya, namun masih tidak menerima sebarang tawaran ataupun tidak mempunyai perbincangan lanjut.

Dan khabar angin itu menjadi sepi dan tenang untuk seketika.


Namun dalam perkembangan terkini yang mengaitkan Emerson dan Arsenal, UOL telah membawa laporan terkini dan kemaskini terbaru mengenai beliau dengan menyatakan bahawa pemain pertahanan itu sedang mempertimbangkan untuk bermain di Copa Libertadores bersama kelabnya tahun depan dan bukannya mencari langkah perpindahan Januari ini.

Emerson dilaporkan mendengarkan nasihat ejennya, André Cury yang mahukan beliau terlebih dahulu mencipta nama di Atletico sebelum menandatangani kontrak dengan mana-mana pasukan Eropah.


Bagaimanapun, Atletico dilaporkan juga sedang merancang untuk menjual pemain tersebut pada jangka waktu terdekat ini dan telah memulakan usaha mencari pengganti dalam pasaran perpindahan.

Laporan UOL hanya menyebut tiga kelab Eropah berminat untuk mendapatkan Emerson dengan Arsenal, Barcelona dan Udinese dikatakan telah menghantar wakil untuk menilai dan memantau serta menyaksikan persembahan Emerson untuk pasukan Brazil.

Post a Comment

Previous Post Next Post