Adakah Wenger menyesal mengenai gaji Ozil tinggi diberikan terhadap pemain itu dahulu?

Seperti biasa, pemain-pemain ternama dan tersohor dunia bakal menjadi mangsa 'buli' media dan Ozil merupakan antara salah seorang mangsa.



Selepas dipinggirkan dalam perlawanan menentang Spurs bagi saingan Piala Carabao baru-baru ini, timbul spekulasi meluas mengenai perancang berbisa The Gunners, Mesut Ozil.

Walaupun Emery menegaskan bahawa pemain itu tidak disenaraikan kerana taktikal beliau untuk perlawanan tersebut, namun media terus memainkan peranan 'mengeruhkan' suasana harmoni yang sedang dicipta oleh pengendali baharu Arsenal itu.

Sebelum ini media melaporkan bahawa Ozil mengalami suasana tegang bersama Emery, yang seterusnya menyebabkan beliau tidak lagi dikehendaki di Emirates.

Kemudian timbul pula kisah perpindahan beliau yang mana ada melaporkan beliau bakal dijual dan ada juga yang mengatakan bakal dipinjamkan serta laporan yang mengatakan pertukaran pemain dengan Real Madrid akan dilakukan pada Januari ini.

Terkini, timbul pula kisah mengatakan Arsene Wenger menyesal mengenai gaji tinggi yang diberikan dalam pembaharuan kontrak Mesut Ozil.

Mengenali Wenger, beliau adalah seorang yang budiman dan adalah mustahil untuk mendengar kata-kata penyesalan sebegitu diluahkan beliau.


Malahan ketika pengumuman Ozil menandatangani pembaharuan kontrak dijalankan, bekas pengurus The Gunners itu menyifatkan dimana tindakan tersebut merupakan solusi termurah yang dimiliki ketika itu.

"First of all, when we let a player go we have to buy somebody of the same calibre. And if you add the transfer needed -- the wages [for the new player] will be similar, but on top of that we have to pay a transfer [fee]. So overall, Ozil was for us the cheapest option," Wenger said.

Wenger turut mempertahanan tindakan tersebut yang mana ianya dilaporkan pada Februari 2018, tahun ini.

Arsene Wenger has defended Arsenal's decision to shatter the club's wage structure to keep Mesut Ozil, calling it "the cheapest option" compared to letting him leave. - ESPN, 3 Februari 2018.

Namun tindakan Independent yang melaporkan seolah-olah Wenger menyesal mengenai tindakan tersebut dan membiarkan bebanan ditanggung oleh pengendali baharu Arsenal adalah tidak wajar.

Arsenal were pressed into the deal because of the threat of a star leaving for free at a time of disharmony around the club, but former manager Arsene Wenger is understood to have hugely resented sanctioning such a contract. It has left his successor with a problem. - Independent, 21 Disember 2018

Laporan tersebut bagaikan ingin melihat keharmonian yang bakal ataupun yang mahu dicipta serta diteruskan Emery di Emirates, hancur sebagaimana kelab Setan Merah yang mengalami situasi sukar ketika ini.



Malahan Unai sendiri membuat kenyataan dimana beliau tidak mengetahui gaji para pemain The Gunners serta tidak memikirkan faktor gaji untuk menentukan jumlah perlawanan ataupun pemain itu patut beraksi.

Bagi Emery, semua pemain adalah sama dan beliau tidak terkesan dengan bebanan gaji yang diterima perancang The Gunners itu.

Mesut Ozil's Arsenal salary makes no difference to whether I pick him. - Unai Emery, 21 Disember 2018.

"Gaji pemain tidak penting untuk saya, saya tidak tahu gaji pemain kerana bagi saya, mereka semua sama," katanya. 

"Setiap pemain, saya ingin memberi mereka perbualan yang sama atau keputusan yang sama untuk bermain atau tidak bermain.

"Perkara yang paling penting untuk saya adalah latihan OK setiap hari dengan tingkah laku yang baik dan komitmen yang baik dan memberi kita kualiti.

"Saya faham beberapa pemain di luar memberi kami lebih banyak berita, tetapi bagi saya ia sama."

Entah mengapa 'mereka' bagaikan suka untuk melihat kehancuran Arsenal dan suka memburuk-burukan kelab paling berjaya di London.

Laporan-laporan negatif turut memberi kesan kepada penyokong dan peminat Arsenal sendiri untuk sama 'membenci' dan mengutuk pasukan yang disokong.



MyGooners - memupuk kecintaan terhadap Arsenal dan menyemai kebencian kepada musuh.

“Victoria Concordia Crescit”

We Are The Arsenal #COYG

Post a Comment

Previous Post Next Post