Emery masih perlukan khidmat Mesut Ozil, nafikan khabar angin melanda ketika ini.

Pengendali Arsenal, Unai Emery masih memerlukan khidmat Mesut Ozil dan menganggap bahawa pemain itu penting dalam perancangan beliau di Emirates.



Sebagaimana yang kami laporkan sebelum ini mengenai masa depan Ozil, dimana semakin lama beliau tidak beraksi maka semakin banyak khabar angin akan timbul mengenai perpindahan beliau.


Sehingga ke saat artikel ini ditulis, tiada satu kenyataan pun yang dikeluarkan oleh Mesut Ozil mengenai perasaan beliau untuk meninggalkan The Gunners mahupun meluahkan kekecewaan beliau dengan situasi terkini bersama pasukan.

Apatah lagi, untuk mengeluarkan kenyataan dimana beliau tidak gembira dengan tindakan Emery.

Menjelang pertembungan menentang Burnley malam ini dilaman sendiri, Emery mengakui bahawa Ozil masih mempunyai masa depan bersama beliau di Emirates.

Dalam kenyataan yang diterbitkan pada laman rasmi Arsenal, pengendali The Gunners itu mengakui bahawa khidmat Ozil masih lagi penting buat beliau walaupun tidak menyenaraikan pemain tersebut dalam beberapa perlawanan terkini, termasuklah Derby Utara London.

Emery menegaskan bahawa Ozil masih mempunyai masa depan bersama Arsenal.

Sepanjang musim ini (setakat ini), Mesut Ozil hanya beraksi dalam dua saingan sahaja iaitu dalam Liga Perdana Inggeris dan juga Liga Europa.

Namun beliau tidak membuat sebarang penampilan dalam Piala Carabao - EFL Cup musim ini.

Rekod penampilan Ozil setakat ini bersama The Gunners, 2018/19.
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi
Premier League 11 3 1 846'
Europa League 3 1 1 141'
JUMLAH 14 4 2 987'

Kali terakhir Ozil membuat penampilan adalah pada 16 Disember lalu ketika masuk menggantikan Alex Iwobi ketika kekalahan 3-2 ditangan Southampton.

Dan pada perlawanan tersebut, beliau hanya membuat 20 minit penampilan dan pada pertembungan North London Derby, beliau tidak disenaraikan Emery dalam skuad 18 pemain dalam menghadapi Spurs diperingkat suku akhir Piala Carabao.

Tindakan Emery yang tidak menyenaraikan Ozil dijelaskan oleh pengendali The Gunners itu adalah disebabkan faktor taktikal pasukan.

Ekoran tidak disenaraikan, timbul pelbagai spekulasi perpindahan Ozil serta tidak kurang juga laporan yang mengatakan pemain itu tidak lagi gembira bersama The Gunners.

Sebagaimana yang kami katakan dalam laporan sebelum ini, semakin lama Ozil tidak beraksi, maka semakin kuat dan banyaklah rumors mengaitkan beliau dengan perpindahan.



SIDANG MEDIA SELEPAS KEKALAHAN MENENTANG SPURS

"Saya memikirkan perlawanan itu, saya tidak memikirkan situasi lain," kata Emery pada sidang akhbar ketika ditanya sama ada dia bersedia membiarkan Ozil meninggalkan Emirates pada jendela perpindahan Januari.

"Ia adalah taktikal, saya fikir pemain  diturunkan adalah yang terbaik untuk perlawanan ini.

"Setiap pemain penting. Satu yang saya putuskan tidak akan bermain, tetapi ia adalah keputusan taktikal."

Bil. Tarikh V Lawan K P G BG Minit Beraksi
1 8/12/18 H Man City 0:2 LW 90'
2 8/18/18 A Chelsea 3:2 AM 68'
3 8/25/18 H West Ham 3:1 Not in squad
4 9/2/18 A Cardiff 2:3 RW 84'
5 9/15/18 A Newcastle 1:2 RW 1 90'
6 9/23/18 H Everton 2:0 RW 90'
7 9/29/18 H Watford 2:0 LW 1 90'
8 10/7/18 A Fulham 1:5 Not in squad
9 10/22/18 H Leicester 3:1 AM 1 1 80'
10 10/28/18 A Crystal Palace 2:2 AM 68'
11 11/3/18 H Liverpool 1:1 AM 90'
12 11/11/18 H Wolves 1:1 AM 76'
13 11/25/18 A Bournemouth 1:2 on the bench
14 12/2/18 H Spurs 4:2 Back trouble
15 12/5/18 A Man Utd 2:2 Back trouble
16 12/8/18 H Huddersfield 1:0 Back trouble
17 12/16/18 A Southampton 3:2 AM 20'
V=venue, K=Keputusan, P=Posisi, G=Gol dijaringkan, BG=Bantuan gol



Menurut pemahaman penulis, khidmat Ozil sememangnya tidak diperlukan didalam saingan Piala Carabao dan Emery lebih memilih untuk menggunakan perancang berbisa itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Dan berdasarkan rekod penampilan, pengendali Arsenal itu jelas tidak mahu mengambil risiko kecederaan kepada Ozil memandangkan beliau baru sahaja pulih daripada kecederaan.

Serta, Emery yakin dengan pilihan pemain (gandingan pemain utama dan muda) yang diturunkan ketika menentang Spurs bagi saingan Piala Carabo, mampu mengulangi kejayaan mereka menewaskan musuh tradisi Utara London awal bulan lalu di Emirates ketika saingan liga.

Lebih-lebih lagi ianya adalah sekadar Piala Carabao dan tidak sangka pula Spurs begitu serius menghadapi saingan itu.

Dan menjelang pertembungan menentang Burnley malam ini, Emery mendedahkan bahawa khidmat perancang berbisa itu bakal bersama beliau malam ini.

SIDANG MEDIA MENJELANG PERTEMBUNGAN ARSENAL - BURNLEY

Jelas sekali, penjelasan yang dibuat Emery pada sidang media menjelang pertembungan malam ini menafikan segala khabar angin mengenai perpindahan Mesut Ozil.

Dan penulis sememangnya percaya bahawa khidmat perancang berbisa The Gunners ini sememangnya diperlukan Emery semenjak dari awal musim lagi.

Jika tidak, kenapa Emery memberi peranan kapten kepada Ozil selain Laurent Koscielny, Petr Cech, Aaron Ramsey, dan Granit Xhaka.

Pada sidang media itu, selain menafikan perpindahan Ozil, Emery juga mengatakan bahawa pemain tersebut bakal berada dalam senarai 18 pemain bagi menghadapi kunjungan Burnley malam ini.

Every player wants to play and be okay to help the team when we need. The frustration is the same for everybody when they didn’t play in a match. But I spoke with him and with the regularity in the season, I am telling him what we need from him and he has the commitment to help us and the quality and the characteristics to help us when the team needs his moments in the pitch in one game. Tomorrow he is in the 18 players, in the squad. 


Post a Comment

Previous Post Next Post