Ramsey belum buat keputusan untuk perpindahan Januari, bakal buat keputusan beberapa bulan lagi.


Bermula 1 Januari dan seterusnya, Aaron Ramsey dan ejen beliau dibenarkan untuk berunding dengan mana-mana kelab yang mereka mahukan, baik diluar mahupun di dalam England.



Kontrak semasa Ramsey bersama The Gunners bakal berakhir pada Jun 2019 dan akan bergelar pemain bebas pada musim panas nanti.

Walaupun beliau sebenarnya tidak berhasrat untuk meninggalkan kelab yang disertainya lebih 10 tahun dahulu, namun kegagalan dalam rundingan pembaharuan kontrak memaksa beliau untuk berpindah meninggalkan kelab yang telah banyak berjasa kepada beliau.

Perkembangan tersebut menyaksikan beliau kini menjadi perhatian kelab-kelab ternama Eropah untuk mendapatkan khidmat beliau termasuklah kelab-kelab Inggeris.


Sebelum ini, beberapa kelab Jerman dan Itali serta Sepanyol juga dikatakan mensasarkan Ramsey pada jendela perpindahan Januari ini yang bakal dibuka tidak lama lagi.




Pun begitu, dalam perkembangan terkini, Inter dikatakan turut berminat untuk mendapatkan khidmat Ramsey selepas AS Roma sebelum ini juga dikatakan berhasrat membawa pemain antarabangsa Wales itu pada jendela perpindahan Januari.


Beppe Marotta, bekas CEO Juventus yang baru dilantik menjadi CEO Internazionale pada 13 Disember lalu dikatakan meminati pemain tengah The Gunners itu dan membayangkan mahu mendapatkan Ramsey ketika masih berada di Turin.

Dan setelah menyertai Inter, Marotta dikatakan ingin membawa Ramsey menyertai kelab tersebut pada jendela perpindahan yang akan dibuka bulan depan.

Menurut laporan Football Italia, pemain tengah The Gunners itu dikatakan telah mencapai persetujuan secara lisan untuk menyertai Inter pada musim panas, namun pengendali kelab tersebut, Luciano Spalletti dikatakan  mahu menggunakan khidmat Ramsey pada Januari ini.

Inter reportedly have a verbal agreement for Aaron Ramsey next summer, but Luciano Spalletti wants the Arsenal midfielder in January. -- Football Italia.


Bagaimanapun, menurut FCInterNews, mereka menyatakan dengan jelas berdasarkan sumber mereka, Ramsey masih belum membuat sebarang persetujuan dengan mana-mana kelab.

Dan dikatakan Ramsey mahu menghabiskan musim ini bersama Arsenal, serta ini menjelaskan bahawa mana-mana kelab yang berhajat mendapatkan pemain tersebut, hanya mampu berbuat demikan pada musim panas sahaja.



Ramsey dan syarikat yang mewakilinya tahu semakin lama mereka menunggu, lebih banyak peluang yang ada untuk membuktikan prestasi dan kehebatan di padang, bermakna separuh kedua musim ini dengan prestasi cemerlang bersama Arsenal dapat membantu beliau mendapatkan lebih banyak peluang dan tawaran lebih tinggi.

Bagi kepentingan Inter, FCInterNews tidak nampak sebarang pengesahan mengenai persetujuan telah dicapai di antara Ramsey dan Inter sebagaimana kebanyakannya laporan yang diperkatakan ketika ini.

Apa yang mereka tahu, ialah Ramsey belum membuat sebarang keputusan dan pilihan, serta kemungkinan tidak akan memutuskan apa-apa dalam masa terdekat.

Pun begitu, situasi ini mungkin berubah seandainya terdapat mana-mana tawaran mega datang pada Januari ini yang mampu mengubah pendirian Ramsey dan ejen beliau.

Nota penulis : Selepas, Wilshere dan Theo meninggalkan Emirates amat berat untuk menyaksikan pemergian Ramsey meninggalkan The Gunners. 😭 😭 😭

Post a Comment

Previous Post Next Post