Arsenal berminat untuk menandatangani pemain tengah, nilai perpindahan melebihi € 40juta.

Laporan dari Perancis mendakwa Arsenal berminat untuk menandatangani pemain tengah dengan nilai perpindahan boleh melebihi € 40 juta.



Houssem Aouar telah menarik perhatian dan tumpuan media semenjak mempamerkan prestasi cemerlang pada saingan Liga Juara-Juara menentang Manchester City pada akhir November lalu.

Perkembangan itu turut menyaksikan khabar angin perpindahan beliau semakin meningkat dan kuat diperkatakan oleh media-media Perancis.

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola telah memuji pemain itu secara terbuka selepas perlawanan tersebut dan pembantunya, Mikel Arteta turut dilihat bercakap dengan Aouar sambil mengambil beberapa maklumat penting (nota).

Tidak lama selepas itu, dakwaan media Perancis muncul dengan mengatakan bahawa pemain tersebut telah dihubungi oleh juara Liga Perdana Inggeris mengenai potensi perpindahan pada masa akan datang.



L’Equipe turut mendakwa bahawa kelab-kelab Inggeris seperti Liverpool, Arsenal dan Chelsea turut berminat untuk mendapatkan pemain tengah Lyon ini.

Laporan L’Equipe pada 30 November mengenai khabar angin perpindahan Aouar yang memikat kelab-kelab Inggeris.
Dalam perkembangan terkini melibatkan pemain berusia 20 tahun itu, Football France telah melaporkan bahawa Arsenal sangat 'tertarik' untuk mendapatkan khidmat pemain tengah itu pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Unai Emery dikatakan kagum dan terpikat dengan kebolehan pemain muda itu yang mampu beraksi pada pelbagai posisi dan percaya bahawa Anour boleh menjadi pengganti kepada Aaron Ramsey, yang dijangka akan meninggalkan Arsenal apabila kontraknya tamat pada penghujung musim ini.


Pun begitu, pihak Arsenal mungkin mempertimbangkan mengenai usaha mereka untuk menandatangani pemain ini sekiranya mereka layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Selain faktor itu, nilai perpindahan Anour juga dianggap sebagai memainkan peranan dalam membuat sebarang tawaran pada akhir musim ini dengan nilai semasa pemain tengah Lyon itu berada melebihi € 40 juta (kira-kira 36.14 juta pound sterling).

Post a Comment

Previous Post Next Post