Lyon tolak tawaran Arsenal untuk dapatkan Houssem Aouar.

Lyon dilaporkan telah menolak pendekatan kelab Liga Perdana Inggeris lagi dan kali ini kelab tersebut adalah Arsenal, yang dikatakan cuba mendapatkan bintang muda mereka, Houssem Aouar.



Pemain tengah berusia 20 tahun itu mendapat perhatian media selepas mempamerkan beberapa aksi cemerlang musim ini, terutamanya persembahan beliau yang begitu mengagumkan ketika kelab Ligue 1 itu berjaya mengekang Manchester City untuk mencatatkan keputusan seri 2-2 dalam saingan Liga Juara -Juara Eropah beberapa minggu lalu.

Malah, Pep Guardiola sangat kagum dengan pemain tengah itu yang membawa kepada spekulasi bahawa City sedia untuk bergerak mendapatkan pemain yang juga turut mendapat perhatian Liverpool dan Chelsea.

Lyon dikatakan telah menolak pendekatan dari wakil Maurizio Sarri, sementara Jurgen Klopp dilaporkan telah mengikuti perkembangan pemain tersebut lebih daripada dua tahun.

Namun selepas L'Equipe mendakwa bahawa Unai Emery telah mensasarkan Aouar sebagai pengganti jangka panjang untuk Aaron Ramsey dan berminat untuk mendapatkan tandatangan pemain tersebut, dilaporkan bahawa minat Arsenal itu telah ditolak oleh Lyon.

Difahamkan Lyon tidak berhajat untuk melepaskan Aouar dalam masa terdekat ini (jendela perpindahan Januari) dan Real Madrid pula dilaporkan berminat untuk mendapatkan Ramsey pada jendela perpindahan kedua nanti dengan dikatakan sedia membuat tawaran berjumlah £ 17 juta.

Sementara itu, media-media arus perdana terus melaporkan bahawa Liverpool juga merancang untuk membuat tawaran pada Januari ini untuk pemain tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post