Guendouzi jelaskan Arsenal merupakan pilihan terbaik, tolak tawaran sertai PSG.

"Terdapat banyak perbincangan" - Matteo Guendouzi jelaskan perpindahan beliau ke Emirates adalah pilihan terbaik dan beliau membuat keputusan tanpa ragu-ragu.



Selain daripada permulaan Unai Emery yang mengagumkan musim ini, dimana beliau mampu mengembalikan kenyakinan para penyokong dan prestasi pasukan, antara faktor menarik lain yang menyumbang kepada kebangkitan Arsenal (setakat ini) adalah dua pemain baru yang dibawa masuk, Lucas Torreira dan Matteo Guendouzi.

Torreira dan Guendouzi merupakan antara dua rekrut baru musim ini yang cemerlang.
Guendouzi, pemain muda Perancis itu berjaya memberi kejutan yang menyenangkan kepada para peminat The Gunners, yang tidak menjangkakan bahawa beliau akan memainkan peranan besar dalam musim pertamanya di Emirates.

BACA : "Ia adalah kelab dihatiku." dedah pemain muda Arsenal mengenai perpindahan musim panas.

Tiba dari Lorient dengan nilai peprindahan dianggarkan sekitar £ 7 juta, pemain berusia 19 tahun itu telah membuktikan dari masa ke semasa mengapa perjudian Arsenal yang memutuskan untuk mengambil beliau semakin berbaloi.

Namun sekiranya The Gunners tidak mendesak melakukan cubaan untuk menandatangani beliau dahulu, mungkin  Guendouzi akan terlepas ke kelab Eropah yang lain.
Bercakap kepada Canal Football Club pada hujung minggu, sebagaimana dipetik daripada RMC Sport, Guendouzi menjelaskan apa yang berlaku sepanjang musim panas dan mengapa beliau akhirnya memutuskan untuk berpindah ke Emirates berbanding kelab-kelab Eropah lain.

"Memang benar bahawa PSG sangat berminat, seperti kebanyakkan kelab lain. Terdapat banyak perbincangan, tetapi bagi saya, pilihan terbaik adalah menyertai Arsenal.

"Dari saat mereka menunjukkan bahawa mereka mahukan saya, saya tidak teragak-agak dan saya hanya memberi tumpuan kepada laluan itu. " jelas Guendouzi.

Mengulas lanjut mengenai peluang beliau untuk menyertai juara Ligue 1 sebelum ini, Guendouzi mengatakan bahawa beliau merasakan dirinya tidak akan mempunyai banyak peluang di sana berbanding di Lorient.

Dan sekiranya beliau menyertai gergasi Perancis itu, ianya berpotensi menghalang kariernya dan bukannya memberi peluang kepada dirinya untuk lebih berkembang bagi menjadi pemain sebagaimana beliau sekarang.



Walaupun ketika beliau masih muda, namun pemain tengah Arsenal ini jauh lebih kedepan dalam pemikirannya berbanding rakan sebayanya dan jelas sekali beliau begitu matang dalam membuat keputusan. 😉 😉 😉

Sama ada beliau sememangnya bijak ataupun menerima nasihat daripada mereka yang bijak, semua itu tidak lagi penting sekarang kerana Arsenal kini telah berjaya memiliki Guendouzi dan beliau tidak menyesal membuat keputusan tepat menyertai kelab paling berjaya di London.

Post a Comment

Previous Post Next Post