Arsenal dan Tottenham didenda kerana gagal mengawal pemain.

Pertuduhan tersebut dikenakan bagi perlawanan Derby Utara London yang dimenangi The Gunners dengan keputusan 4-2 pada awal Disember.



Arsenal dan Tottenham masing-masing didenda kerana gagal mengawal pemain mereka pada Derby Utara London dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kedua-dua pihak, Arsenal dan Tottenham mengakui kesalahan masing-masing dan menerima  denda daripada FA England berhubung insiden yang berlaku pada perlawanan 2 Disember lalu dengan The Gunners didenda £ 45,000 dan Spurs pula menerima hukuman £ 50,000.

Arsenal memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 4-2 di Emirates namun sebelum tamat perlawanan, terdapat insiden yang tercetus dikalangan pemain kedua-dua pasukan.

Kekecohan tercetus setelah tindakan pemain Spurs, Eric Dier memberi isyarat 'diam' kepada pemain-pemain simpanan Arsenal setelah jaringan penyamaan perlawanan dihasilkan beliau pada minit ke-30.


Tindakan provokasi daripada Dier yang mencetuskan ketegangan dikalangan pemain kedua-dua pasukan.

Menurut laporan BBC, tindakan Dier meraikan gol penyamaan dengan melakukan isyarat jari di mulut disifatkan sebagai provokasi dan cubaan untuk mendorong kemarahan penyokong.

The FA's report said Dier's celebration was "provocative" and was "likely to incite the crowd in a match of this nature and was ill-advised", despite the England international's statement that he had been "the subject of abuse by Arsenal fans". - BBC


Laporan itu juga mengatakan bahawa "tidak ada alasan" untuk pemain simpanan Arsenal, Stephan Lichtsteiner untuk melangkah masuk ke padang di Stadium Emirates untuk menyentuh Dier apabila pemain Spurs meraikan berhampiran tempat di mana pemain simpanan The Gunners itu melakukan sesi pemanasan.

Namun, tindakan Lichtsteiner turut dilaporkan "tidak menjamin" reaksi dari pemain Tottenham, terutamanya Moussa Sissoko yang menolak Lichsteiner dan juga menyatakan bahawa pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey dan Matteo Guendouzi "bertindak agresif" dalam kekecohan tersebut.

Suruhanjaya pengawalseliaan bebas, membuat kesimpulan bahawa kedua-dua kelab itu "sama-sama bertanggungjawab dan bersalah diatas kekecohan yang berlaku".

Akibatnya, Spurs pada mulanya didenda £ 70,000 dan Arsenal £ 60,000, dikurangkan kepada £ 50,000 dan £ 45,000 setelah mengakui pertuduhan itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post