Arsenal pertimbang untuk menandatangani penjaga gol remaja menjelang jendela perpindahan Januari.

Arsenal dilaporkan merancang untuk menandatangani Radoslaw Majecki yang berusia 19 tahun pada bulan depan.



Tatkala kita menanti dan menunggu pencarian pertahanan baharu, untuk sekurang-kurang (walaupun) sekadar khabar angin menjelang jendela perpindahan dibuka bulan depan, Arsenal pula dilaporkan berminat untuk mendapatkan penjaga gol baharu.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Evening Standard, Radoslaw Majecki dikatakan sedang dipantau oleh The Gunners ketika ini.

Penjaga gol muda kelahiran Poland itu berjaya menembusi skuad utama Legia Warsaw apabila berjaya membuat penampilan selaku penjaga gol utama kelab tersebut untuk beberapa siri perlawanan bermula Oktober lalu.

Dan setakat ini, Majecki telah membuat tujuh penampilan dengan lima perlawanan mencatatkan tanpa bolos.

Arsenal, menurut laporan tersebut dikatakan telah menyaksikan remaja berkenaan beraksi dan sedang mempertimbangkan untuk melakukan tawaran pada jendela perpindahan Januari nanti. 

It is believed one of Arsenal’s goalkeeping coaches attended a recent Poland Under-20 match to assess Majecki’s suitability for the Premier League. - Evening Standard.

Sekiranya kesepakatan dapat dicapai, Arsenal akan meminjamkan Majecki kembali ke Legia sehingga akhir musim ini selepas menandatangi pemain tersebut.



Ini kerana, menurut Evening Standard, Majecki masih belum bersedia untuk beraksi dalam saingan Liga Inggeris termasuklah bersama skuad utama The Gunners.

Sebelum ini, The Gunners telah menandatangani Bernd Leno pada musim panas dan penjaga gol Jerman itu telah berjaya 'merampas' kedudukan Petr Cech selaku pilihan utama Unai Emery.

Dan kemasukan Leno juga menyaksikan seorang lagi penjaga gol Arsenal, David Ospina dipinjamkan ke Napoli awal musim ini dan dijangka bakal kekal bersama kelab Itali itu sekiranya klausa pinjaman dipatuhi.

BACA : Klausa kontrak pinjaman Ospina didedahkan.

Dengan Cech kini telah berusia 36 tahun dan kontrak beliau bersama The Gunners bakal berakhir pada penghujung musim ini, kisa mengenai pembaharuan kontrak beliau masih belum kedegaran dan ini menguatkan spekulasi bahawa Arsenal bakal membawa masuk seorang penjaga gol baharu.

Pun begitu, Emery ketika ini masih mempunyai Emiliano Martinez sekiranya Cech dan Ospina dilepaskan pada penghujung musim ini.

Martinez 26 tahun, setakat ini hanya membuat satu penampilan bersama skuad utama Arsenal dan menjadi pilihan ketiga Emery selepas Leno dan Cech.

Selain itu, Emery turut mempunyai penjaga gol muda skuad U23, Dejan Iliev.

Post a Comment

Previous Post Next Post