Arsenal dilaporkan sedia mengeluarkan €16 juta, hanya tunggu pengesahan pemain.

Keylor Navas tidak lagi menjadi penjaga gol pilihan utama Real Madrid semenjak Thibaut Courtois tiba di kelab itu.

Pemain antarabangsa Costa Rica itu digunakan dalam saingan Liga Juara-Juara dan Piala Super UEFA oleh Julen Lopetegui, namun semenjak bekas pengendali Sepanyol itu dipecat dan digantikan oleh Santiago Solari, penjaga gol berusia 32 tahun itu tidak pernah membuat sebarang penampilan dalam mana-mana pertandingan bersama Real Madrid.

Sport, dalam laporan yang dikeluarkan semalam mendedahkan dimana penjaga Los Blancos itu mempunyai satu bulan untuk membuat keputusan sama ada untuk terus kekal ataupun melakukan perpindahan (keluar) daripada gergasi La Liga itu pada Januari nanti.

Laporan Sport, 27 Disember 2018
Dan yang amat mengejutkan dimana Arsenal sekali lagi dikaitkan dengan penjaga gol 'veteran' itu apabila laporan tersebut mengatakan bahawa The Gunners dan Juventus berminat dan sedang mempertimbangkan untuk  menandatangani Navas.

Serta penjaga gol itu juga menyedari bahawa khidmat beliau tidak lagi diperlukan setelah gagal menjadi pemain pilihan utama di bawah Solari.

Menurut laporan itu juga, Unai Emery sedia membayar €16 juta kepada gergasi Sepanyol itu bagi mendapatkan penjaga gol tersebut.

Bagaimanapun laporan Sport itu menyebut Real akan memilih untuk mengekalkan pemain mereka, tetapi keputusan akhir terletak di tangan Navas.

Tidak dapat difahami kenapa media Sepanyol terus mengaitkan Arsenal denan Navas kerana posisi tersebut dilihat bukanlah satu keutamaan buat The Gunners dan Emery ketika ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post