Laporan dari Brazil: Arsenal, Everton dan West Ham buat tawaran untuk dapatkan Andreas Pereira.

Arsenal, Everton dan West Ham United membuat tawaran untuk pemain tengah Manchester United, Andreas Pereira, menurut akhbar Brazil.

Laman sesawang UOL mendakwa bahawa pemain tersebut akan menentukan masa depannya dalam masa terdekat kerana beliau menjangkakan akan mempunyai lebih banyak peluang di bawah Ole Gunnar Solskjaer berbanding ketika di bawah bekas pengendali sebelum ini, Jose Mourinho.

Kontrak Andreas Pereira bersama Manchester United akan berakhir pada bulan Jun 2019 iaitu pada penghujung musim ini.

Namun UOL mendakwa bahawa pemain tersebut mungkin meninggalkan Old Traford lebih awal iaitu pada Januari nanti jika gagal mendapat kepastian mengenai masa depan beliau untuk menjadi salah seorang pemain utama Red Devils.

Pereira dilaporkan sedia berbincang dengan kakitangan latihan sebelum mengambil sebarang keputusan mengenai masa depan beliau bersama kelab tersebut.

Laporan itu juga mendakwa bahawa, Arsenal, Everton dan West Ham secara rasmi telah membuat tawaran kepada ejennya dan kelab kini hanya menunggu keputusan pemain tersebut sebelum urusan perpindahan dapat diteruskan.

O meio-campista de 22 anos espera ter mais chances a partir de agora. Se isso não acontecer, considera uma mudança para Arsenal, Everton ou West Ham, clubes que já fizeram propostas oficiais ao seu estafe. Os três sabem da necessidade de uma conversa do jogador com a atual comissão técnica do Manchester United para avançar no negócio. - UOL

Laporan itu tidak menjelaskan bagaimana reaksi Red Devils berhubung tawaran tersebut apakah tindakan yang bakal dilakukan oleh pengurus baru mereka, Ole Gunnar Solskjaer terhadap pemain tengah berusia 22 tahun itu. 

Post a Comment

Previous Post Next Post