Arsenal nilai situasi Mustafi, Monreal dan Bellerin menjelang pertembungan menentang Liverpool.

Arsenal mungkin menerima perkhabaran gembira menuju ke Liverpool dengan Nacho Monreal, Shkodran Mustafi dan Hector Bellerin dijangka mampu beraksi.



Shkodran Mustafi, Nacho Monreal dan Hector Bellerin menjalani ujian kecergasan disaat akhir menjelang kunjungan Arsenal ke Anfield.

Arsenal telah memenangi satu daripada empat perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan di saat krisis kecederaan barisan pertahanan melanda pasukan yang menyaksikan Unai Emery terpaksa menggunakan Ainsley Maitland-Niles pada posisi tersebut.

Namun Mustafi, Monreal dan Bellerin dapat memberikan tonik tambahan kepada pengendali Arsenal ketika berkunjung ke Anfield awal pagi nanti (waktu Malaysia) bagi menghadapi Liverpool yang memimpin Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Arsenal dalam kemas kini mengenai pasukan perubatan hari Jumaat lalu mendedahkan bahawa Monreal dan Mustafi mengalami kecederaan hamstring kanan yang akan dinilai lebih awal  dengan kecederaan betis kiri Bellerin juga akan diuji.

Mustafi kali terakhir beraksi adalah ketika The Gunners mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Huddersfield Town pada 8 Disember, sementara Bellerin telah mengalami kecederaan ketika tewas 3-2 di Southampton pada 16 Disember dan Monreal terlepas perlawanan Boxing Day ketika menentang Brighton and Hove Albion.

Terdapat juga laporan mengatakan bahawa Mesut Ozil, yang telah berjuang untuk mendapatkan tempat dalam pasukan semenjak Emery menggantikan Arsene Wenger, tidak akan menyertai pasukan ke Liverpool ekoran kecederaan.

Perlawanan awal pagi esok, jam 1.30pagi sudah pasti mendebarkan buat peminat dan penyokong The Gunners setelah aksi yang kurang memberangsangkan dalam perlawanan terakhir ketika seri 1-1 menentang Brighton and Hove Albion.

Post a Comment

Previous Post Next Post