Wartawan terkenal Jerman, Raphael Honigstein mendakwa bahawa beliau tahu punca sebenar situasi yang melanda Mesut Ozil bersama pengendali Arsenal, Unai Emery.
Honigstein sebelum ini terkenal dengan kisah pendedahan beliau mengenai bekas pemain sensasi Arsenal, Alexis Sanchez yang dibenci dikalangan pemain-pemain The Gunners (baca disini - klik).
Dan dalam perkembangan terkini mengenai seorang lagi pemain sensasi The Gunners, Mesut Ozil, beliau mengatakan bahawa sumber dalaman Arsenal memberitahu beliau bahawa Unai Emery tidak 'berkenan' dengan gaya permainan Ozil yang menyebabkan bekas pemain kebangsaan Jerman itu tidak disenaraikan dalam beberapa perlawanan.
Bercakap pada Sky Sports’ Sunday Supplement, Honigstein berkata beliau telah bercakap dengan individu yang 'tahu' mengenai situasi Ozil bersama Emery.
![]() |
Raphael Honigstein |
Sumber itu menafikan terdapat masalah peribadi diantara pemain tersebut dengan pengendali pasukan, tetapi menambah bahawa setiap kali pemain Jerman itu tidak bermain (tidak beraksi ataupun tidak disenaraikan) kerana Emery 'tidak berkenan' untuk perlawanan tersebut.
Dan perkara tersebut sebenarnya tidak disembunyikan Emery dimana beliau sangat jelas ketika Arsenal menentang Tottenham Hotspur dalam saingan Piala Liga - Carabao Cup, apabila mendedahkan bahawa ia adalah keputusan taktikal untuk meninggalkan Ozil (tidak menyenaraikan pemain tersebut).
Begitu juga ketika bekas pengendali PSG itu mengeluarkan Ozil pada separuh masa ketika menentang Brighton, yang mana beliau turut mengatakan ia adalah perkara yang sama - kerana faktor taktikal.
Walau bagaimanapun, ia menimbulkan sedikit keraguan mengenai isu kecederaan yang dihadapi pemain tersebut.
Ozil terlepas aksi ketika skuad Emery menerima 'pengajaran pahit' di Anfield apabila tewas 5-1 ditangan Liverpool hujung minggu lalu.
Perancang The Gunners itu dilaporkan mengalami kecederaan lutut sebagaimana didedahkan Emery pada sidang media selepas perlawanan.
Namun, menurut sumber Honigstein, ia menunjukkan bahawa tindakan Emery itu hanyalah satu lagi keputusan taktikal.
on if Ozil is injured…
Yes.
on if it’s serious…
His knee. I don’t know if it’s big or not big, but it’s his knee.
-- Arsenal
David Ornstein sebelum itu turut mendedahkan dimana kecederaan yang dialami Ozil telah bermula pada aksi Boxing Day ketika menentang Brighton serta menjangkakan bahawa pemain tersebut mungkin tidak akan beraksi menentang Liverpool.
David Ornstein sebelum itu turut mendedahkan dimana kecederaan yang dialami Ozil telah bermula pada aksi Boxing Day ketika menentang Brighton serta menjangkakan bahawa pemain tersebut mungkin tidak akan beraksi menentang Liverpool.
Ozil’s knee injury was sustained at Brighton on Boxing Day and despite the best efforts from all for him to be fit to face Liverpool tomorrow, the problem persisted - he was not ready play or be in the squad #AFC— David Ornstein (@bbcsport_david) December 28, 2018
Dengan ciapan pertama beliau adalah berdasarkan perbincangan beliau dalam rancangan radio BBC 5 Live Sports, sebelum membuat ciapan kedua (seperti diatas).
Semoga Ozil dapat kembali beraksi bagi perlawanan menentang Fulham esok, jam 11 malam waktu Malaysia.
This was recorded at 6pm but we now know Mesut Ozil is out of Arsenal’s game at Liverpool tomorrow. He trained with the squad today but complained of pain in his knee and was withdrawn from the travelling party #AFC #LFC https://t.co/io95HjjIyl— David Ornstein (@bbcsport_david) December 28, 2018