Barcelona semakin hampir dapatkan pemain yang telah lama disasarkan mereka.

Adrien Rabiot dilaporkan tidak akan memperbaharui kontrak beliau bersama Paris Saint-Germain (PSG) yang mana ianya akan berakhir pada musim panas depan.



Barcelona, Juventus, Manchester City dan Bayern Munich merupakan antara kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut secara percuma, menurut edisi Khamis Mundo Deportivo.

Barcelona telah lama 'mengidam' untuk mendapatkan Rabiot semenjak mereka melepaskan Neymar kepada gergasi Perancis itu pada 2017.

Namun segala usaha mereka ditolak oleh PSG yang mahu mengekalkan Rabiot di Parc des Princes termasuklah dalam mengekalkan pemain tersebut musim seterusnya.

Walaupun Rabiot mendapat perhatian daripada beberapa kelab, namun laporan Mundo mendakwa bahawa pemain berusia 23 tahun itu dikatakan telah bersetuju untuk menyertai Barcelona musim depan.

Dan ketika ini pihak Barca dilaporkan sedang berunding dengan ibunya, Veronique Rabiot yang juga merupakan ejen kepada pemain tersebut.


Kedua-dua pihak dikatakan telah mencapai persetujuan bersama secara lisan mengenai gaji dan bonus menandatangani kontrak, namun ejen Rabiot dikatakan telah meminta lebih daripada itu dalam rundingan mereka sebelum secara sah menandantangani sebarang kontrak.



Paris United turut melaporkan bahawa Rabiot bersedia untuk meninggalkan pasukan Thomas Tuchel pada Januari  ini bagi mengelakkan dirinya hanya berada dibangku simpanan.

Ia juga mendakwa bahawa Barcelona akan membayar € 5 juta untuk mendapatkan Rabiot pada jendela kedua musim ini yang bakal dibuka dalam beberapa hari sahaja lagi.

Dan itu juga bermakna bahawa mereka tidak perlu membayar bonus sebanyak € 10 juta kepada Rabiot untuk bahagian bonus menandatangani kontrak (signing bonus).

Bagaimanapun Mundo mendapati ianya sukar untuk mempercayai bahawa Rabiot akan dilepaskan pada Januari ini dan menjangkakan perpindahan pemain PSG itu ke Camp Nou hanya bakal berlaku pada musim panas akan datang, sekiranya Barcelona dapat mencapai persetujuan dengan ibu pemain itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post