Pusingan 32 Liga Europa menyaksikan Arsenal telah diundi bertemu kelab Belarus, BATE Borisov.
Lawan yang bakal ditentang Arsenal ini bukanlah asing kerana mereka (kedua-dua pasukan) pernah bertemu sebanyak dua kali sebelum ini.
Perlawanan pertama peringkat ataupun pusingan 32 nanti akan dilangsung ditempat lawan pada 14 Februari 2019 sebelum The Gunners menerima kunjungan lawan pada 22 Februari, kira-kira seminggu selepas perlawan pertama.
Sebelum ini, The Gunners pernah bertemu dengan BATE sebanyak dua kali, iaitu pada peringkat kumpulan saingan Liga Europa musim lepas, 2017/18.
Hasil daripada kedua-dua pertembungan sebelum ini menyaksikan Arsenal telah berjaya menjaringkan 10 gol dan bolos sebanyak dua kali, dengan memenangi kesemua perlawanan.
Hasil daripada kedua-dua pertembungan sebelum ini menyaksikan Arsenal telah berjaya menjaringkan 10 gol dan bolos sebanyak dua kali, dengan memenangi kesemua perlawanan.
Peringkat | Tarikh | Lawan | Formasi | Keputusan | |
---|---|---|---|---|---|
Group Stage | Thu 28.09.2017 | A | BATE Borisov | 3-5-2 | 2:4 |
Group Stage | Thu 07.12.2017 | H | BATE Borisov | 4-2-3-1 | 6:0 |
Pada pertemuan pertama peringkat kumpulan ditempat lawan, Arsene Wenger yang mengemudi Arsenal ketika itu menggunakan skuad campuran untuk menundukkan tuan rumah 4-2.
![]() |
Kesebelasan utama The Gunners yang menundukkan BATE 4-2 dilaman lawan. |
Barisan pemain simpanan :
4
| Matt Macey | GK |
43
| Joshua Da Silva | DM |
32
| Chuba Akpom | CF |
62
| Eddie Nketiah | CF |
58
| Marcus McGuane | CM |
47
| Charlie Gilmour | DM |
44
| Vlad Dragomir | AM |
Highlights Perlawanan
Manakala ketika menerima kunjungan BATE di Emirates, Wenger menurunkan skuad kedua dengan merehatkan beberapa pemain utama terutamanya pada barisan pertahanan.
Pun begitu, The Gunners mampu mengekalkan gawang daripada dibolosi lawan disamping jentera serangan berpesta gol untuk mencatatkan kemenangan besar, 6-0.
Barisan pemain simpanan:
54
| Matt Macey | GK |
22
| Jeff Reine-Adélaïde | RW |
65
| Ben Sheaf | DM |
69
| Joe Willock | CM |
32
| Chuba Akpom | CF |
61
| Reiss Nelson | RW |
62
| Eddie Nketiah | CF |
Highlights Perlawanan
Menariknya perlawanan kali ini adalah dimana kedua-dua pasukan dikendalikan oleh pengurus ataupun ketua jurulatih baharu.
Dengan Arsenal dikendalikan oleh Unai Emery yang menggantikan Arsene Wenger, BATE pula dikendalikan oleh Alyaksey Baha yang mengambil alih tugas daripada Alyaksandr Yermakovich pada Jun 2018.