Ozil 'sedih' diketepikan oleh Emery, ditawarkan kepada kelab lain untuk dipindahkan.

Pada 7 Disember lalu, kami mengulas laporan dari Tutto Mercato Web, yang mendakwa Mesut Ozil terbuka dengan idea untuk berpindah ke Itali setelah hubungannya dengan Unai Emery dilaporkan tegang.



Dan sumber dari Itali, Calciomercato mempunyai kemaskini berbeza mengenai pemain The Gunners itu serta laporan mereka menyebut pemain berusia 30 tahun itu 'sedih' setelah terkeluar dari rancangan bekas pengurus Sevilla di Emirates.

BACA : Ozil ke Italy Januari ini mengikut laporan, hubungan tegang bersama Emery

Berdasarkan alasan itu, Ozil dikatakan semakin hampir untuk meninggalkan kelab Utara London pada bulan Januari dan pihak  Arsenal dikatakan telah menawarkan beliau kepada Juventus beberapa minggu yang lalu.

Malangnya untuk bekas bintang Real Madrid, pengarah sukan Old Lady, Fabio Paratici telah menolak peluang itu walaupun sebelum perbincangan atau rundingan dimulakan.

Kelab Turin telah 'segera menolak' cadangan tersebut kerana tidak terkesan dengan situasi semasa Ozil di Emirates.



Walaupun khabar angin oleh media Inggeris menuntut Juve sangat berminat terhadap Ozil, namun Calciomercato menjelaskan bahawa Massimo Allegri tidak berhajat dan tidak berminat untuk membawa bintang The Gunners itu ke dalam skuad beliau.

Dan sekali lagi menurut pandangan penulis, semakin kurang Ozil beraksi... Semakin kuat rumors perpindahan dikaitkan dengan salah seorang kapten Arsenal ini. 

Post a Comment

Previous Post Next Post