Tottenham dan Arsenal buru pemain Hoffenheim, Florian Grillitsch

Tottenham dan Arsenal sering dikaitkan dengan pemain yang sama dalam rumors perpindahan pemain, menyebabkan penyokong dan peminat sedikit 'bosan' dengan khabar angin mengaitkan berita mereka.



Sama ada secara kebetulan bahawa kedua-dua kelab London itu berminat terhadap pemain yang sama, ataupun ianya adalah mainan media semata-mata untuk menghangatkan lagi berita tersebut.

Ini kerana kedua-dua kelab tersebut sememangnya bermusuhan dan pertembungan kedua-dua kelab tersebut yang dilabelkan sebagai derby Utara London Utara diteruskan bukan sahaja didalam padang malahan pada perebutan mendapatkan ataupun menandatangani pemain menjelang jendela perpindahan.

Dalam perkembangan terkini, media berpengaruh Jerman, Bild melaporkan bahawa Spurs dan The Gunners, masing-masing 'memburu' Florian Grillitsch.



Arghh sudah...  Siapa pulak Florian Grillitsch?

Grillitsch, 23 tahun merupakan pemain bolasepak kelahiran Austria dan bermain untuk Hoffenheim sebagai pemain tengah.

Beliau merupakan pemain yang sentiasa membuat penampilan buat kelab Jerman itu semenjak menyertai mereka pada 16 Januari 2017 daripada Werder Bremen.

Dan setakat ini, beliau telah membuat 47 penampilan dengan tiga gol dan tiga bantuan gol dihasilkan untuk Hoffenheim.

Semenjak menyertai kelab itu juga, beliau tidak pernah memperbaharui kontraknya dengan kontrak sedia ada sekarang bakal berakhir Jun 2021.

Persembahan mantap beliau hujung minggu lalu dalam aksi Liga Juara-Juara bagaimanapun gagal untuk membantu Hoffenheim apabila tewas 2-1 kepada Manchester City.

Berdasarkan prestasi tersebut, Bild mungkin sedikit berlebihan mengenai pemain tersebut apabila mengatakan pemain tersebut kini 'menjadi perhatian'.

Akhbar Jerman itu kemudian menambah: 'BILD tahu: Arsenal dan Tottenham mempunyai pemain Austria dalam senarai. Ejen Grillitsch, Thomas Böhm telah pergi ke England minggu lepas. Untuk membuat panggilan pertama? '

Malahan Böhm sendiri dipetik sebagai berkata: "Fakta bahawa Flo adalah fokus utama kelab dengan persembahan yang hebat, tidak ada rahsia besar. Tetapi dia berasa selesa di Hoffenheim dan masih mempunyai matlamat dengan TSG. Segala-galanya akan diputuskan. "

Adakah itu bermaksud pembaharuan kontrak bersama Hoffenheim ataupun 'pembaharuan' kontrak bersama pasukan lain?

Pemain Hoffenheim itu dianggarkan bernilai £ 18 juta dalam pasaran semasa ketika ini dan selain mampu beraksi sebagai pemain tengah (center midfield), beliau juga mampu beraksi pada posisi tengah bertahan (defensive midfield).


Post a Comment

Previous Post Next Post