Arsene Wenger berjaya kalahkan Mourinho untuk jawatan di AC Milan.

Bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger dikatakan menjadi pilihan berbanding Mourinho untuk mengemudi AC Milan, dengan Gennaro Gattuso di ambang pemecatan.

Arsene Wenger dilaporkan telah mengalahkan Jose Mourinho dalam perlumbaan untuk menjadi pengurus baru AC Milan, sekiranya Gennaro Gattuso dipecat.

Kedua-dua pengurus itu, Wenger dan Mourinho tidak terikat dengan mana-mana pasukan ketika ini selepas meninggalkan kelab masing-masing, Arsenal dan Manchester United tahun ini.

Wenger berpisah dengan Arsenal pada musim panas selepas 22 tahun mengendalikan kelab Utara London dan Mourinho pula dipecat pada hari Selasa lalu berikutan persembahan buruk Manchester United musim ini.

Sebelum ini, Arsene Wenger telah menyatakan bahawa beliau akan kembali bekerja pada 1 Januari, sementara terdapat dakwaan bahawa Mourinho juga bakal kembali ke pengurusan tidak lama lagi.

Menurut media Itali, Tuttomercatoweb mendakwa bahawa Wenger kini mendahului senarai calon untuk mendapat jawatan di Milan, sekiranya ia tersedia dengan kekosongan.

Manakala Gazzetta dello Sport semalam melaporkan masa depan pengendali AC Milan, Gattuso kini bergantung kepada keputusan dua perlawanan berikutnya, sama ada terselamat atau tidak.

Laporan Gazzetta dello Sport yang mengatakan nasib Gattuso kini bergantung kepada dua perlawanan lagi.
Pasukan kendalian Gattuso ketika ini berada ditangga kelima Serie A dan terdesak untuk layak ke kejuaraan Liga Juara-Juara musim depan.

Milan pada Sabtu lalu (22 Disember), tewas kepada Fiorentina dan Gattuso kini harus mengalahkan Frosinone dan SPAL yang dijadualkan pada 26 dan 30 Disember untuk menyelamatkan jawatan beliau.

Wenger menjadi pilihan utama ketika ini untuk menggantikan Gattuso, dengan bekas ketua eksekutif Arenal, Ivan Gazidis kini bertanggungjawab di Milan.

Sementara, Jose Mourinho telah dikaitkan dengan jawatan di Inter tetapi Nerazzurri kelihatan gembira dengan pengendali mereka, Luciano Spalletti ketika ini.

Malah, Tuttomercatoweb mendakwa Mourinho kemungkinan besar tidak akan kembali kepada bekas kelabnya, Inter tetapi sebaliknya bakal ke Real Madrid.

Real ketika ini dikendalikan oleh Santiago Solari yang bertanggungjawab terhadap kelab tersebut selepas mereka memecat Julen Lopetegui.

Seorang pengurus baru untuk jangka panjang mungkin akan dilantik pada musim panas, apabila Mourinho juga mungkin mencari jawatan baru.

Secara dasarnya, laporan media Itali itu mengatakan bahawa Arsene Wenger bakal ke AC Milan dan Jose Mourinho bakal kembali ke pangkuan kelab lama beliau, Real Madrid.

Post a Comment

Previous Post Next Post