Unai Emery perjelaskan reaksi marah dan kecewa Alexandre Lacazette dikeluarkan.

Selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut yang turut memadamkan rekod kecemerlangan tanpa kalah dalam 22 perlawanan, Arsenal kembali unggul dengan mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Burnley di Emirates pada hari Sabtu lalu.



Dua gol daripada Pierre Emerick-Aubameyang dan jaringan lewat perlawanan daripada Alex Iwobi menyaksikan The Gunners kini berkongsi mata dengan Chelsea yang menduduki tangga keempat liga ketika ini.

BACA : Rekod 22 perlawanan Emery bersama Arsenal lebur.

Walau bagaimanapun, penyerang sensasi Arsenal, Alexandre Lacazette gagal untuk mencatat nama sebagai salah seorang penjaring pada perlawanan tersebut dan kekecewaan beliau itu jelas kelihatan pada tindak balas yang ditunjukkan ketika dikeluarkan pada minit ke-78.

Pemain penyerang antarabangsa Perancis itu juga kelihat seolah 'bertengkar' dengan rakan sepasukan, Mohamed Elneny sebelum membuka sarung tangannya dengan marah, menurut laporan Daily Star.


Penulis cuba mencari video yang menunjukkan insiden tersebut, namun gagal menemuinya.

Pun begitu, pengendali Arsenal, Unai Emery ketika ditanya mengenai tindak balas Lacazette pada sidang akhbar selepas perlawanan, berkata:

"Saya tidak melihatnya. Saya fikir dia gembira dengan kemenangan kami.

"Dia mahu menjaringkan gol dan apabila penyerang tidak menjaringkan gol, saya suka jika dia marah dengan situasi ini.

"Tetapi dia bermain dengan baik hari ini. Bagi saya, perlawanan terakhir adalah yang terbaik yang dimainkannya.

"Saya fikir dia akan kembali ke Lacazette terbaik untuk membantu kami."

Malahan reaksi Lacazette itu juga mendapat perhatian lagenda kelab, Ian Wright yang turut memberikan penjelasan berhubung tindakan dan reaksi yang ditunjukkan oleh pemain tersebut ketika dikeluarkan Emery.

Wright begitu memahami mengapa Lacazette bertindak demikian sebagaimana penjelasan yang diciap beliau pada laman sosial Twitter.

Lacazette setakat ini telah membuat 17 penampilan dalam saingan Liga Perdana musim ini dan  menjaringkan enam gol serta lima bantuan gol.

Kali terakhir (setakat ini) beliau menjaringkan gol dalam saingan Liga Perdana (EPL) adalah pada pertemuan menentang Spurs, 25 November lalu.

Manakala dalam dua aksi terakhir beliau dalam saingan EPL, beliau telah menghasilkan dua bantuan gol dimana satu bantuan ketika bertemu Southampton dan satu lagi pada pertemuan menentang Burnley.

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi
Premier League 17 6 5 1,131
Europa League 3 1 1 91
EFL Cup 2 1 - 58
JUMLAH 22 8 6 1,280

Post a Comment

Previous Post Next Post