Selepas 10 tahun, Defoe akhirnya terima pingat kemenangan Piala Liga.

Kredit gambar : BBC

Bekas penyerang Tottenham Hotspur, Jermain Defoe menerima pingat kemenangan Piala Liga pada 2008, selepas 10 tahun Spurs menewaskan Chelsea di perlawanan akhir.

Pemain berusia 36 tahun itu meninggalkan White Hart Lane untuk berhijrah ke Portsmouth, kurang sebulan sebelum perlawanan di Wembley dan menjaringkan gol pada pusingan kelima ketika menewaskan Manchester City.

Pihak EFL telah bertindak dan mempersembahkan Defoe dengan pingat kemenangan tersebut selepas menyedari bahawa pemain tersebut masih tidak menerima memento untuk bahagiannya.

Saya masih ingat lagi ketika membantu pasukan melangkah ke pentas akhir dan kemudian menyaksikan mereka menjulang trofi,” kata Defoe.

Sudah pasti saya sangat gembira dapat menjadi sebahagian daripada sejarah kelab. Ia amat bermakna untuk saya,” katanya lagi.

Defoe yang memiliki 57 caps antarabangsa bersama England menerima pingat kemenangan itu di Stadium Vitality berkata, dia memberi sokongan kepada bekas rakan sepasukannya, ketika Spurs menewaskan Clesea 2-1 selepas mata tambahan, sedekad lalu.

Pada akhirnya, mereka semua adalah rakan saya dan anda masih mahu mereka memenangi kejuaraan.

Ia adalah kemenangan yang hebat bertemu pasukan utama seperti Chelsea. Jadi memenangi perlawanan itu adalah sangat menakjubkan,” katanya.

Piala Liga 2008 adalah trofi paling terkini yang dimenangi mahupun dimiliki Spurs.

Post a Comment

Previous Post Next Post