Junior Firpo keutamaan Real Madrid namun Arsenal dan Manchester City juga berminat, yuran perpindahan € 50 juta.

Sebelum ini Manchester City dilaporkan telah mengikuti perkembangan pemain Real Betis, Junior Firpo hampir setiap perlawanan.



Malahan Arsenal juga sebelum ini dilaporkan turut berminat mendapatkan Firpo pada jendela perpindahan Januari ini, namun terpaksa menunggu sehingga akhir musim kerana Real Betis tidak berhasrat untuk melepaskan pemain tersebut di pertengahan musim.


Pemain pertahanan berusia 22 tahun ini dikatakan bakal menjadi pengganti kepada Nacho Monreal, mempunyai klausa pelepasan berjumlah € 50 juta.


Dan terkini, berita mengenai beliau telah diterbitkan pada halaman depan AS, edisi hari Khamis dengan tajuk utama 'Real Madrid ready to pay release clause for Betis' Júnior Firpo.'




Tindakan Real Madrid itu dikatakan bagi mendapatkan pengganti Marcelo, yang mana pertahanan tersebut bakal berusia 31 tahun Mei depan.

Turut dijelaskan dalam laporan itu, The Gunners dan Pep Guardiola juga berminat terhadap pertahanan kiri itu namun Los Blancos telah mensasarkan pemain tersebut sebagai sasaran keutamaan pada musim panas depan.

Ketika ini Real Madrid mempunyai Sergio Reguilon sebagai sandaran kepada pemain pertahanan Brazil setelah Theo Hernandez gagal mempamerkan prestasi yang memuaskan sehinggakan pemain tersebut dipinjamkan kepada Real Sociedad.

Dan dilaporkan juga bahawa Theo Hernandez akan dilepaskan pada musim panas nanti bagi memberi ruang untuk membawa Junior ke Santiago Bernabeu.

Real menyedari bahawa terdapat kelab lain yang berminat terhadap pertahanan Betis itu dan sebab itulah mereka merancang untuk membayar klausa pelepasan Junior Firpo kepada Betis bagi mengelak daripada memasuki rundingan bersama kelab tersebut.


Jika kelab gergasi Sepanyol itu berjaya mendapatkan Junior, AS percaya ia akan mengejutkan Arsenal dan City kerana kedua-dua kelab ini telah lama mengikuti perkembangan pemain pertahanan tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post