Crystal Palace dilaporkan sedia untuk membuat tawaran terhadap pemain yang menjadi sasaran mereka dengan Arsenal juga dikatakan sangat berminat.
Ismaila Sarr 20 tahun, merupakan pemain bolasepak profesional Senegal yang bermain sebagai pemain sayap untuk kelab Perancis, Stade Rennais di Ligue 1 dan juga mewakili pasukan kebangsaan Senegal.
Pemain ini tidak perlu dipersoalkan lagi bahawa beliau merupakan pemain paling mahal di Rennes, menurut laporan France Football dalam majalah mereka minggu ini.
Dalam satu kolum khas yang membincangkan mengenai peluang perpindahan dalam beberapa jendela perpindahan sebelum ini, pemain ini merupakan antara pemain Rennes yang pernah mendapat perhatian daripada beberapa kelab Inggeris.
Sarr dibentuk hasil daripada sistem akademi Generation Foot di Senegal dan berpindah ke Metz pada tahun 2016.
Dan jejak langkah yang diambil beliau itu adalah laluan yang sama diambil oleh Sadio Mane, jadi ada hubungan yang tidak dapat dielakkan diantara mereka berdua, terutama sekali kerana mereka merupakan penyerang lincah, pantas dan fleksibel.
Pemain | Ismaïla Sarr | Sadio Mané |
---|---|---|
Tarikh Lahir | 25 February 1998 (20 tahun) |
10 April 1992 (26 tahun) |
Tempat Lahir | Saint-Louis, Senegal | Sédhiou, Senegal |
Tinggi | 1.80 m (5 ft 11 in) | 1.75 m (5 ft 9 in) |
Posisi | Sayap | Sayap |
Kelab Terkini | Rennes | Liverpool |
Nombor Jersi | 7 | 10 |
Karier Remaja | Generation Foot | Generation Foot |
Peringkat Senior | ||
Metz | 2016–2017 | 2011–2012 |
Rennes | 2017 - kini | - |
Red Bull Salzburg | - | 2012–2014 |
Southampton | - | 2014–2016 |
Liverpool | - | 2016 - kini |
Kebangsaan (Senegal) | ||
Senegal U23 | 2015 | 2012 |
Senegal | 2017 - kini | 2012 - kini |
Rennes membayar sebanyak €17 juta kepada Metz untuk mendapatkan Sarr pada tahun 2017 dan jumlah itu merupakan satu bayaran yang besar buat kelab Perancis.
Dan sudah tentu juga mereka mahu mencari keuntungan yang besar sekiranya mahu melepaskan Sarr nanti.
Laporan France Football itu mendakwa bahawa Arsenal 'kelihatan sangat berminat' terhadap pemain berusia 20 tahun itu dan Sarr sepatutnya berpindah ke kelab bawahan Liga Perdana terlebih dahulu untuk mengikuti sekali lagi jejak langkah Mane.

Pada laporan itu juga dinyatakan bahawa antara kelab yang sedia untuk membuat tawaran bagi mendapatkan Sarr adalah Crystal Palace.
Malah, kelab Roy Hodgson adalah satu-satunya yang dinamakan dalam laporan tersebut yang bakal membuat tawaran selain The Gunners yang dikatakan sangat berminat, namun tiada tindakan dilaporkan diambil oleh pihak Emery.

Ia dipercayai bahawa pihak Crystal Palace dalam proses bersiap-sedia untuk mencari pengganti kepada penyerang dan pemain sayap mereka Wilfried Saha, yang mungkin meninggalkan mereka nanti.
Namun begitu, nilai yang perlu dibayar ataupun dikeluarkan oleh Palace tidaklah murah kerana harga pasaran semasa Sarr dianggarkan bernilai €30 juta (kira-kira £27 juta) ketika ini.
Namun begitu, nilai yang perlu dibayar ataupun dikeluarkan oleh Palace tidaklah murah kerana harga pasaran semasa Sarr dianggarkan bernilai €30 juta (kira-kira £27 juta) ketika ini.
![]() |
Kedudukan Sarr dalam pasaran semasa ketika ini. |
Rekod penampilan musim 2018/19 (setakat ini)
Saingan | Penampilan | Jaringan | Bantuan Gol | Minit Beraksi |
---|---|---|---|---|
Ligue 1 | 17 | 5 | 4 | 1,319' |
Europa League | 4 | 1 | 1 | 325' |
JUMLAH | 21 | 6 | 5 | 1,644' |
Rekod penampilan mengikut posisi.
Saingan | Penampilan | Jaringan | Bantuan Gol |
---|---|---|---|
Centre-Forward | 7 | 2 | 2 |
Right Winger | 6 | 1 | - |
Left Winger | 5 | 2 | 3 |
Right Midfield | 1 | 1 | - |
Left Midfield | 2 | - | - |
JUMLAH | 21 | 6 | 5 |