Iwobi dedahkan dimana beliau hampir tinggalkan Arsenal dan menolak peluang sertai Celtic.

Pemain tengah menyerang, Alex Iwobi adalah produk kelab yang dihasilkan dari Akademi Hale End di mana beliau telah menyertai pada usia sembilan tahun dan mungkin berpindah ke Scotland pada 2012.



Alex Iwobi telah mendedahkan kisah dan peluang beliau di Arsenal, ketika kelab Utara London itu menunjukkan minat yang kurang untuk mengekalkan beliau.

Bercakap pada program perlawanan (matchday programme) sebagaimana dipetik dari Daily Record, Iwobi mengakui dia ditawarkan peluang untuk meninggalkan Emirates pada usia 16 tahun.

"Keadaan saya adalah pelik," kata pemain antarabangsa Nigeria tersebut. 

"Ada tiga dari kami pada masa itu dan kami pada dasarnya diberitahu 'tinggal jika anda mahu, atau jika tidak anda bebas untuk pergi.'

"Terserah kepada saya dan ketika itu saya pergi ke tempat latihan Crystal Palace untuk melihat mereka.

"Saya mempunyai tawaran dari Celtic dan Southampton juga. Celtic adalah yang utama tetapi saya tidak bersedia pergi ke Scotland. 



"Saya fikir ia adalah terbaik untuk tinggal di Arsenal tetapi saya perlu mengatakan ianya berasa aneh.

"Saya bermain untuk England tetapi saya merasakan mungkin saya tidak dinilai. Rakan sepasukan England dan orang lain mengatakan bahawa Arsenal tidak berminat terhadap saya kerana mereka tidak menawarkan saya perjanjian (kontrak). 

"Ia amat sukar kerana di sekolah, semua orang bercakap mengenainya."

Iwobi, bagaimanapun telah berkembang dan menjadi ahli pasukan penting Arsenal di bawah bekas pengendali The Gunners, Arsene Wenger pada tahun 2015.

Dan pada musim ini, pemain berusia 22 tahun itu juga telah menjadi watak penting dalam skuad kendalian pengendali baharu, Unai Emery.

Terdahulu tahun ini, beliau telah menandatangani pembaharuan kontrak bagi mengekalkan beliau di Emirates untuk jangka panjang sehingga tahun 2022.

Post a Comment

Previous Post Next Post