Arsenal adalah salah satu kelab yang telah membuat tawaran untuk pemain tengah Real Madrid, Marcos Llorente, mengikut dakwaan dari Sepanyol pada hari Selasa.
Wartawan Eduardo Inda, dari rancangan TV El Chiringuito de Jugones, mendakwa bahawa selain The Gunners, Sevilla dan beberapa kelab Jerman juga berminat terhadap pemain berusia 23 tahun itu.
¡EXCLUSINDA! #Inda: "Marcos Llorente tiene OFERTAS de Arsenal, Sevilla y algunos equipos alemanes. El Madrid ha dicho 'NO' ROTUNDO". #ChiringuitoInda pic.twitter.com/tGrdOMyJ8Q— El Chiringuito TV (@elchiringuitotv) December 4, 2018
Masalah bagi mereka (kelab-kelab berminat) adalah kerana Real Madrid tidak berminat menjual pemain tersebut.
Laporan itu mengatakan bahawa Galacticos telah menjawab dakwaan mengenai tawaran yang dilakukan itu dengan tidak.
Laporan itu mengatakan bahawa Galacticos telah menjawab dakwaan mengenai tawaran yang dilakukan itu dengan tidak.
Kita semua tahu El Chiringuito de Jugones membawa berita perpindahan setiap hari dan itulah satu sebab mengapa dakwaan dramatik mereka itu patut di ambil dengan 'dengar boleh percaya jangan'.
Marcos Llorente hanya membuat empat penampilan untuk Real Madrid musim ini dan kerana usia beliau yang semakin meningkat, ianya menjadi sebab utama untuk khabar angin begitu banyak mengaitkan dan menceritakan mengenai pemergiannya dari Santiago Bernabeu.
Rekod penampilan musim ini (setakat ini).
Saingan | Penampilan | Gol | Bantuan Gol | Minit Beraksi |
---|---|---|---|---|
LaLiga | 2 | - | - | 101 |
UEFA Champions League | 1 | - | - | 90 |
Copa del Rey | 1 | - | - | 90 |
JUMLAH | 4 | - | - | 281 |
Kontrak pemain ini bersama Real Madrid bakal berakhir pada Jun 2021, dan jawapan 'TIDAK' yang dikeluarkan oleh pihak Real Madrid terhadap mana-mana minat yang ditunjukkan oleh kelab-kelab lain menjelaskan bahawa gergasi Sepanyol itu tidak berhasrat melepaskan pemain itu walaupun kurang beraksi musim ini.
Bagi Arsenal, mereka juga dikaitkan dengan pemain ini pada tahun 2017 dan khabar angin liar bermula semula pada bulan November baru-baru ini.
![]() |
Posisi yang mampu dimainkan Marcos Llorente. |