Ivan Gazidis kini sah menjadi CEO baru AC Milan.

Selain Arsenal yang melakukan rombakan dalam memastikan kebangkitan kelab, gergasi Itali juga tidak terlepas daripada melakukan perkara sama.



Sebelum ini, The Gunners telah melantik Ivan Gazidis pada November 2008 sebagai titik awal permulaan proses pembaharuan dan bekas CEO Arsenal itu memulakan tugas rasmi di Emirates pada 1 Januari 2009.

Bersama Arsenal, Gazidis mengambil masa hampir 10 tahun untuk 'menyingkirkan' Arsene Wenger selepas melakukan beberapa rombakan kecil pada barisan belakang tabir kelab utara London itu sebelum berjaya secara keseluruhannya pada penghujung musim lalu.

Namun setelah berjaya melakukan pembaharuan, beliau akhirnya memutuskan untuk meninggalkan The Gunners pada September lalu dan menyertai gergasi Itali, AC Milan.


Dengan tugasan sama sebagaimana beliau menyertai Arsenal dahulu, bersama AC Milan, Gazidis sekali lagi memikul tanggungjawab sama iaitu memulihkan dan mengembalikan kegemilangan kelab tersebut.


Ivan Gazidis 54 tahun,  akhirnya secara sah menjadi CEO baru AC Milan apabila pengumuman tersebut telah dilakukan sebagaimana laporan Calciomercato.
Beliau ditugaskan pada bahagian kewangan pasukan dengan Leonardo dan Paolo Maldini bertanggungjawab terhadap pasukan bolasepak.
Bekas CEO Arsenal ini telah menandatangani perjanjian untuk tempoh satu setengah tahun dan dilaporkan menerima gaji sebanyak € 4 juta setahun bersama AC Milan.

Post a Comment

Previous Post Next Post