"Sudah tentu" - Sigurdsson impikan menjadi salah seorang The Gunners dan mengagumi Emery.

"Sudah tentu" - Pemain tengah menceritakan impian beliau bermain untuk Arsenal dan menyukai gaya Unai Emery.


Nama Arnor Sigurdsson mungkin tidak memberi sebarang makna kepada peminat Arsenal ketika ini, namun ianya mungkin menjadi sebaliknya sekiranya pemain tengah itu berjaya memenuhi impian beliau.

Ditandatangani oleh CSKA Moscow pada musim panas daripada kelab Sweden, Norrköping dengan nilai perpindahan dipercayai sekitar £4.4 juta, pemain berusia 19 tahun kini mula mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan Rusia itu.

Walaupun bermula agak perlahan dengan hanya membuat beberapa minit sahaja dalam penampilan di awal musim, namun aksi yang semakin meningkat menyaksikan beliau kini mendapat tempat dalam pasukan kendalian Viktor Goncharenko, terutama dalam empat perlawanan terakhir (terkini) dengan tempoh hampir 90 minit bagi setiap perlawanan.

Perlawanan Liga Lawan Keputusan Posisi Gol Minit Beraksi
11 Anzhi 0:2 AM 22'
12 Krasnodar 1:2 LM 90'
13 Dinamo Moscow 0:0 LM 70'
14 Zenit Saint Petersburg 2:0 AM 1 90'
15 Akhmat Grozny 0:2 Bruised Ankle
16 Rostov 0:0 AM 67'


Dan beliau turut menjaringkan gol pertama liga musim ini apabila membantu CSKA Moscow menewaskan Zenit Saint-Petersburg 2-0, dengan salah satu gol tersebut dijaringkan beliau.

Rekod penampilan setakat ini bersama CSKA Moscow musim ini.
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Minit Beraksi
Premier Liga 8 1 - 388'
UEFA Champions League 5 1 - 265'
JUMLAH 13 2 - 653'

Memiliki dua cap bersama Iceland, pemain tengah serba boleh yang mana beliau boleh bermain di sebelah kiri (sayap) dan juga mampu beraksi pada bahagian tengah, Sigurdsson dalam satu temubual bersama CSKA News, telah ditanya mengenai pasukan Liga Perdana Inggeris yang disokongnya dan beliau merupakan seorang peminat The Gunners apabila telah menjawab Arsenal sebagai pasukan impian serta disokong beliau.

Beliau menjelaskan di mana datuk dan bapa saudaranya banyak memberikan pendedahan sehingga beliau terbuka minda mengenai hala tuju bolasepak dan kariernya sambil mengakui mengimpikan untuk bermain bersama kelab Utara London, Arsenal semenjak zaman kanak-kanak lagi.



Ditanya mengenai impian mewakili Arsenal, beliau menjawab:

"Sudah tentu. Bermain di peringkat tertinggi dengan pasukan terbaik di dunia adalah impian saya hingga ke hari ini, tetapi saya akan mengatakan bahawa CSKA adalah salah satu yang terbaik, sentiasa bermain di Liga Juara-Juara. Oleh itu, saya tidak memikirkan pasukan lain. "

Membesar dengan melihat Arsene Wenger mengemudi The Gunners, Sigurdsson juga ditanya mengenai perasaannya ketika pengendali kelahiran Perancis itu mengumumkan persaraan dan meninggalkan Emirates pada musim panas, beliau menjelaskan:

"Saya adalah salah seorang dari mereka yang ingin berubah. Saya suka gaya Emery, tetapi Wenger akan sentiasa menjadi pengurus saya. Dia membina kerjaya yang luar biasa di London, banyak sumbangan terhadap kelab. Dia menjadi pengurus mereka tiga tahun sebelum saya dilahirkan! "



Selain itu, beliau turut menjelaskan dimana Cesc Fabregas merupakan idolanya sehinggalah pemain Sepanyol itu menandatangani kontrak bersama Chelsea dan beliau ketika ini meminati Messi dan pemain yang baru dinobatkan 'Ballon d'Or', Luca Modric, serta rakan sepasukan Iceland, Gylfi Sigurdsson.

Arnor Sigurdsson genap berusia 19 tahun pada bulan Mei lalu (dilahirkan pada 15 Mei 1999) dan kini bermain untuk pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara. 

Siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang? Namun jika Arsenal mahukan seseorang dengan ciri-ciri yang mahu bermain di Emirates, mereka kini tahu di mana hendak mencari dan melihat siapa.

Beliau yang mempunyai kontrak bersama CSKA Moscow sehingga Jun 2023, bernilai sekitar £1.62 juta dalam pasaran semasa ketika ini.

Pasaran semasa dan ranking Sigurdsson ketika ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post