Emery dedah 'squad depth' Arsenal selepas kemenangan ke atas Qarabag.

Pengendali The Gunners, Unai Emery gembira dengan penampilan pemain utama dan beberapa pemain muda selepas kemenangan  1-0 ke atas Qarabag dalam Liga Europa pagi tadi.



Alexandre Lacazette menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawan tersebut, apabila bijak menewaskan pertahanan lawan sebelum merembat masuk gol dipenjuru kanan lawan.

Rakan senegara beliau, Laurent Koscielny membuat penampilan pertama bersama skuad utama semenjak Mei lalu, berjaya mempamerkan aksi bertahan yang cukup solid sebelum digantikan dengan Nacho Monreal selepas  minit ke-72.

Kehadiran kembali Kapten Arsenal itu jelas membuatkan Emery gembira lebih-lebih lagi dengan aksi yang menakjubkan dipamerkan pemain berusia 33 tahun itu, yang telah lama berehat bagi menjalani proses pemulihannya.

"Kami lakukan dengannya proses kami selepas kecederaan besar," katanya.

"Apabila seorang pemain seperti Koscielny kembali, selepas mengalami kecederaan teruk, untuk Koscielny, ia adalah sangat bagus dia pulih.

"Apabila dia kembali seperti hari ini setiap penyokong gembira, begitu juga pemain.

"Dia boleh mendapatkan keyakinan semula, mengikut rentak dan kemudian kami akan meneruskan proses kami, mungkin hari Ahad. Tetapi saya ingin menunggu untuk melihat bagaimana perasaannya (penerimaan).

"Hari ini adalah satu lagi langkah untuknya, bagi kami. Kita perlu tahu esok dan Sabtu bagaimana dia akan merasa (keadaan) selepas perlawanan ini untuk melihat jika dia boleh membantu kami di padang pada hari Ahad. "



Pemain berusia 17 tahun, Bukayo Sako juga mempamerkan aksi yang mengagumkan untuk The Gunners dan hampir-hampir untuk menjadi penjaring gol termuda Arsenal yang pernah menjaringkan gol diperingkat Eropah selepas terlepas peluang keemasan pada minit-minit akhir permainan.

Bukayo Sako berjaya mencuri tumpuan pagi tadi.
Emery jelas terkesan dengan persembahan Saka termasuklah prestasi beberapa pemain muda lain yang beraksi cemerlang pada perlawanan itu mendedahkan:

"Kami memberi peluang kepada pemain muda untuk berlatih bersama kami dan kami memberikan peluang seperti hari ini apabila kami mampu, dan mereka menunjukkan kepada kami perkara positif," jelasnya.

"Saka mempamerkan prestasi cemerlang dengan personaliti hebat.

"Personalitinya sangat penting untuk mencuba dan melakukan satu dengan satu (one to ones) pada babak kedua dan cuba memecahkan garisan.

"Kami perlu melakukan campuran dalam kesebelasan utama pemain, antara pemain muda dan pemain yang berpengalaman.

"Anda boleh bermain lebih baik bersama pemain yang dapat membantu anda di padang."

Kesebelasan utama The Gunners menentang Qarabag.

Post a Comment

Previous Post Next Post