Kisah perjuangan Santi Cazorla dalam mengharungi proses pemulihan daripada kecederaan dihadapinya didokumentasikan dengan baik dalam beberapa siri temubual bersama Marca sebelum ini.
Bekas pemain Arsenal itu kemudiannya memberikan temubual terbuka kepada media Sepanyol itu dan menunjukkan di mana beliau menggunakan kulit dari lengannya, termasuklah yang terdapat sekeping tatu untuk digunakan bagi membantu kawasan sekitar Achilles dalam usaha menyembuhkannya.
Cazorla, walaupun diberitahu berpuas hati jika beliau boleh kembali berjalan normal sekali lagi, namun itu tidak mencukupi bagi pemain bolasepak itu.
Ramai yang membaca temubual dan melihat gambar tersebut berharap agar beliau segera sembuh dan mampu kembali beraksi.
Namun tidak kurang juga yang meragui kemampuan beliau untuk melihat bekas pemain The Gunners kembali beraksi hingga ke peringkat tertinggi.
Ramai yang membaca temubual dan melihat gambar tersebut berharap agar beliau segera sembuh dan mampu kembali beraksi.
Namun tidak kurang juga yang meragui kemampuan beliau untuk melihat bekas pemain The Gunners kembali beraksi hingga ke peringkat tertinggi.
Menyambut ulang tahun kelahiran ke 34, dua hari lalu pada 13 Disember, situasi yang dihadapi beliau sebelum ini jelas begitu sukar sekali dengan 618 hari menempuh dugaan dan cabaran untuk kembali sembuh.
Bukan itu sahaja, beliau juga terpaksa mencari kembali rentak permainan dan kecergasan setelah hampir dua tahun tidak beraksi.
Rekod kecederaan sepanjang beliau bersama The Gunners.
Musim | Kecederaan | Mula | Berakhir | Jumlah Hari | Jumlah Perlawanan Terlepas |
---|---|---|---|---|---|
16/17 | Ankle Surgery | 20 Oct 2016 | 30 Jun 2018 | 618 | 103 |
15/16 | Achilles Irritation | Mar 7, 2016 | Apr 21, 2016 | 45 days | 8 |
15/16 | Knee Injury | Nov 30, 2015 | Mar 7, 2016 | 98 days | 20 |
13/14 | Ankle Injury | Sep 12, 2013 | Oct 17, 2013 | 35 days | 7 |
Namun setelah beliau meninggalkan Arsenal pada musim panas, Cazorla berlatih bersama Villarreal pada persiapan pra musim 2018/19 dan kelab tersebut nyata terpikat dengan kebolehan yang ada pada beliau walaupun begitu lama tidak beraksi.
Akhirnya, pada 1 Julai 2018, beliau menandatangani kontrak untuk tempoh setahun bersama kelab La Liga itu (berakhir pada 30 Jun 2019).
Anda boleh membaca kisah Cazorla sebelum ini disini (klik).
*Sedih melihat Cazorla meninggalkan Emirates tanpa sebarang perlawanan terakhir. 😭 😭 😭
Akhirnya, pada 1 Julai 2018, beliau menandatangani kontrak untuk tempoh setahun bersama kelab La Liga itu (berakhir pada 30 Jun 2019).
Anda boleh membaca kisah Cazorla sebelum ini disini (klik).
*Sedih melihat Cazorla meninggalkan Emirates tanpa sebarang perlawanan terakhir. 😭 😭 😭
Sehingga ke saat artikel ini ditulis, Cazorla telah mengumpulkan 1,119 minit setakat ini (bagi musim ini) secara keseluruhan dalam penampilan La Liga, Copa del Rey dan Liga Europa dengan menjaringkan dua gol dan membuat lima bantuan gol.
Saingan | Penampilan | Jaringan | Bantuan | Minit Beraksi |
---|---|---|---|---|
LaLiga | 13 | - | 4 | 794' |
Europa League | 6 | 1 | 1 | 249' |
Copa del Rey | 1 | 1 | - | 76' |
JUMLAH | 20 | 2 | 5 | 903' |
Bersama Villarreal, beliau telah memainkan pelbagai posisi dibawah pengendali pasukan, Javier Calleja dengan bahagian tengah (center midfield) paling kerap dimainkan Cazorla setakat ini (sembilan kali).
![]() |
Posisi yang dimainkan Cazorla musim ini bersama Villarreal. |
Rekod sumbangan terhadap pasukan mengikut posisi yang dimainkan Cazorla musim ini bersama Villarreal CF (setakat ini).
Posisi | Penampilan | Jaringan | Bantuan Gol |
---|---|---|---|
Central Midfield | 9 | 1 | 1 |
Attacking Midfield | 4 | 1 | - |
Left Midfield | 3 | - | 1 |
Right Midfield | 3 | - | - |
Left Winger | 1 | - | 2 |
"Ramai orang memberitahu saya bahawa saya perlu menilai di mana saya berada sekarang dan di mana saya 20 bulan lalu, dan memikirkan apa yang telah saya lalui," jelas Cazorla yang menyertai latihan pra musim bersama pasukan kelab Sepanyol itu. (dipetik daripada Marca)
"Saya hanya berfikir tentang menyingkirkan kesakitan secepat mungkin kerana saya tidak menikmati apa yang saya lakukan.
"Saya mahu melatih bersama rakan-rakan saya sekali lagi dan untuk merasai seperti pemain bolasepak."
"Sukar untuk menyatakan perasaan selepas tidak beraksi di padang selepas begitu lama.
"Untuk berasa seperti pemain bolasepak sekali lagi, merasakan cinta penyokong dan penerimaan mereka berikan kepada saya."
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran Santi... Semoga anda terus maju!