Galatasaray kekal sabar dalam menandatangani pemain Arsenal, tawaran bakal dibuat tidak lama lagi menurut laporan.

Dakwaan media Turki, Aksam mendakwa bahawa Galatasaray mengikuti situasi dan perkembangan Danny Welbeck dengan begitu rapat serta kelab Turki itu kemungkinan membuat tawaran pada Januari nanti.


Welbeck sebelum ini telah dikaitkan dengan perpindahan ke Galatasaray, namun tiada sebarang tindakan dalam merealisasikan proses tersebut berlaku pada jendela perpindahan terakhir baru-baru ini.

BACA :Senarai rumors perpindahan Welbeck.

Di bawah Unai Emery, pemain antarabangsa England itu berada dalam prestasi yang boleh dikatakan sangat memuaskan namun sayangnya, beliau mengalami kecederaan pada buku lali yang memaksa khidmat beliau disisihkan oleh The Gunners bagi saingan musim ini (kemungkinan).



Menurut Aksam, pegawai Galatasaray kini sedang menyiasat status kecederaan Welbeck dan jika pemain tersebut mampu cergas menjelang Februari nanti, kelab Turki itu dikatakan mahu membuat tawaran pinjaman kepada Arsenal bagi mendapatkan bekas penyerang Manchester United itu.

Akhbar Turki itu juga melaporkan, jika Welbeck tidak sempat pulih mengikut waktunya, maka Galatasaray akan mempertimbangkan untuk menunggu sehingga musim panas depan bagi menandatanganinya.

Kelab Super Lig itu dilaporkan memberi keutamaan untuk membawa pemain penyerang pada jendela perpindahan seterusnya.

Welbeck setakat ini telah beraksi 14 perlawanan sebelum mengalami kecederaan dengan menjaringkan lima gol selain satu bantuan gol buat The Gunners musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post