Skuad 'feeder club Liverpool' akhiri rekod tanpa kalah 22 perlawanan The Gunners dan Emery

 

Southampton dibawah pengendali baharu mereka, Ralph Hasenhüttl berjaya menamatkan rekod kecemerlangan Unai Emery yang tidak terkalah dalam 22 perlawanan dalam kesemua pertandingan selama ini.



Emery, semenjak mengambil alih The Gunners musim ini, tewas dalam dua perlawanan pembukaan liga sebelum menemui rentak dan berjaya bangkit untuk memimpin skuad Utara London ini mencatatkan rekod tanpa dalam 14 perlawanan liga selepas itu (10 kemenangan, empat seri).

Rekod perlawanan Liga Perdana
Bil. Tarikh Home Keputusan Away
1. 12 August 20181 Arsenal 0–2 Manchester City
2. 18 August 20182 Chelsea 3–2 Arsenal
3. 25 August 20183 Arsenal 3–1 West Ham United
4. 2 September 20184 Cardiff City 2–3 Arsenal
5. 15 September 20185 Newcastle United 1–2 Arsenal
6. 23 September 20186 Arsenal 2–0 Everton
7. 29 September 20187 Arsenal 2–0 Watford
8. 7 October 20188 Fulham 1–5 Arsenal
9. 22 October 20189 Arsenal 3–1 Leicester City
10. 28 October 201810 Crystal Palace 2–2 Arsenal
11. 3 November 201811 Arsenal 1–1 Liverpool
12. 11 November 201812 Arsenal 1–1 Wolverhampton Wanderers
13. 25 November 201813 Bournemouth 1–2 Arsenal
14. 2 December 201814 Arsenal 4–2 Tottenham Hotspur
15. 5 December 201815 Manchester United 2–2 Arsenal
16. 8 December 201816 Arsenal 1–0 Huddersfield Town
17. 16 December 201817 Southampton 3-2 Arsenal

Selain rentak kecemerlangan dalam saingan liga, Emery juga cemerlang dalam saingan Liga Europa apabila menamatkan saingan peringkat Kumpulan E dengan lima kemenangan dan satu seri untuk mengumpul enam perlawanan tanpa kalah menjadikan 20 perlawanan tanpa kalah.



Rekod saingan Liga Europa - Peringkat Kumpulan (E)
Tarikh Home Keputusan Away
20 September 2018 Arsenal 4-2 Vorskla Poltava
4 October 2018 Qarabağ 0-3 Arsenal
25 October 2018 Sporting CP 0-1 Arsenal
8 November 2018 Arsenal 0-0 Sporting CP
29 November 2018 Vorskla Poltava 0-3 Arsenal
13 December 2018 Arsenal 1-0 Qarabağ

Dengan dua kemenangan yang juga dua perlawanan tanpa kalah dalam saingan Piala Carabao, menjadikan jumlah keseluruhan 22 perlawanan direkodkan Emery dalam musim pertama mengendalikan pasukan yang pernah dibimbing oleh Arsene Wenger.

Rekod dalam saingan Piala Carabao - EFL Cup setakat ini.
Tarikh Pusingan Home Keputusan Lawan
26 September 2018 Pusingan Ketiga Arsenal 3–1 Brentford
31 October 2018 Pusingan Keempat Arsenal 2–1 Blackpool


Namun kecemerlangan tersebut akhirnya dipadamkan oleh pengendali baharu Southampton, Ralph Hasenhüttl yang buat kali pertamanya mengemudikan pasukan tersebut dilaman sendiri selepas mengambil alih tugas daripada Mark Hughes, 5 Disember lalu.

Sebelum perlawanan menentang Arsenal bermula, Hasenhüttl telah menjelaskan dimana beliau mahukan The Saints tampil lebih berani dilaman sendiri bagi menamatkan kemarau kemenangan mereka serta mahukan penyokong berada teguh dibelakang pasukan memberi sokongan.

Baca : Pengendali baharu Southampton mahu The Saints tampi lebih berani.

Dan pengendali tersebut akhirnya memperolehi apa yang diinginkan dan diharapkan daripada pemain serta penyokong Southampton apabila berjaya menewaskan Arsenal malam tadi.

Selain berjaya mencatatkan kemenangan pertama dilaman sendiri musim ini, Hasenhüttl juga berjaya memadamkan rekod kecemerlangan Unai Emery sekaligus memberi harapan kepada skuad beliau untuk terus bersaing dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim depan.

The Saints ketika ini terselamat seketika daripada zon penyingkiran setelah berada di tangga ke-17 liga, satu tangga diatas zon 'merah' setelah mengumpul 12 mata (hanya perbezaan gol memisahkan mereka dengan Burnley yang turut mengumpul jumlah mata yang sama).

Pos. Pasukan P M S K J B +/- Mata Qualification or relegation
15 Crystal Palace 17 4 3 10 14 23 −9 15
16 Cardiff City 17 4 2 11 17 33 −16 14
17 Southampton 17 2 6 9 16 32 −16 12
18 Burnley 17 3 3 11 15 33 −18 12 Relegation to the EFL Championship
19 Huddersfield Town 17 2 4 11 10 28 −18 10
20 Fulham 17 2 3 12 16 42 −26 9


Mengenai mengapa tajuk artikel menggunakan 'feeder club Liverpool' yang digunakan penulis, ianya adalah berdasarkan rekod perpindahan yang dijalankan oleh kedua-dua kelab tersebut.

Semenjak Liga Perdana Inggeris diperkenalkan pada tahun 1992, Liverpool telah menandatangani lapan pemain Southampton termasuklah seorang penjaga gol yang dipinjamkan pada Januari 2004,  Paul Jones.

Manakala Southampton pula menerima tiga pemain daripada Liverpool dengan nilai perpindahan berjumlah £20,000,000.



Bagi  The Reds pula, mereka telah membelanjakan sejumlah £174 juta untuk tujuh pemain The Saints.

Pemain Dari / Ke Yuran Perpindahan Tarikh
Bruce Grobbelaar Ke Southampton Free 11 August 1994
Mark Walters Ke Southampton Free 17 January 1996
Paul Jones Dari Southampton On Loan 9 January 2004
Paul Jones Ke Southampton Returns from loan 28 January 2004
Peter Crouch Dari Southampton £7,000,000 20 July 2005
Rickie Lambert Dari Southampton £4,500,000 2 June 2014
Adam Lallana Dari Southampton £25,000,000 1 July 2014
Dejan Lovren Dari Southampton £20,000,000 27 July 2014
Nathaniel Clyne Dari Southampton £12,500,000 1 July 2015
Sadio Mané Dari Southampton £30,000,000 28 June 2016
Virgil Van Dijk Dari Southampton £75,000,000 1 January 2018
Danny Ings Ke Southampton £20,000,000 9 August 2018


Post a Comment

Previous Post Next Post