Galatasaray mahu tandatangani Welbeck pada Januari ini, cetuskan persoalan.

Walaupun mengalami kecederaan serius, namun Welbeck tetap menjadi pilihan kelab Turki pada jendela perpindahan Januari nanti.



Laporan media Turki, Haberturk mendakwa bahawa Galatasaray sedang mempertimbangkan untuk melakukan tawaran terhadap penyerang Arsenal, Danny Welbeck menjelang jendela perpindahan Januari nanti.

Ianya adalah berikutan berita yang mengesahkan bahawa penyerang The Gunners itu bakal dilepaskan kelab dipenghujung musim ini. 

Kontrak Welbeck bersama Arsenal akan berakhir pada bulan Jun nanti dan kelab Turki itu berharap dapat meyakinkan beliau untuk menyertai mereka pada jendela perpindahan Januari ini.

Selepas menjual Bafetimbi Gomis ke Al Hilal pada jendela perpindahan musim panas, Galatasaray sentiasa mencari penyerang yang mampu mengisi kekosongan tersebut dan Welbeck merupakan antara pilihan mereka. 

Namun begitu, penyerang West Ham United, Andy Carroll juga dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Super Lig pada jendela perpindahan kedua musim ini.

Galatasaray dikatakan cuba mendapatkan pemain antarabangsa England itu dengan harga yang jauh lebih murah dan Arsenal kemungkinan 'tergoda' dengan cubaan yang bakal dicetuskan kelab Turki itu memandangkan kontrak Welbeck hanya berbaki enam bulan lagi bersama The Gunners, sebelum dilepaskan secara percuma.



Welbeck berada dalam prestasi agak cemerlang sebelum mengalami kecederaan serius apabila menjaringkan lima gol dalam 14 penampilan.

Kecederaan serius itu menghalang bekas pemain Manchester United untuk terus beraksi dan kemungkinan terpaksa melupakan baki saingan musim ini.

Dan perkembangan Welbeck itu  dengan minat yang dilaporkan oleh media Turki yang mengatakan bahawa Galatasaray mahu menandatanganinya pada Januari menimbulkan persoalan, adakah ianya berbaloi dan adakah ianya benar?

Dahlah cedera, kontrak bakal tamat...dapat percumakan lagi jimat. Kenapa Galatasaray...kenapa?

Post a Comment

Previous Post Next Post