Adakah Arsenal memerlukan penyerang baharu dan laporan mendakwa Arsenal sedia mengeluarkan 15 juta bagi penyerang kelahiran Brazil,Wesley.

Selepas dua perlawanan yang agak mengasyikkan terutamanya ketika menang 4-2 keatas musuh tradisi, Tottenham dan kemudian seri 2-2 dengan Manchester United, adakah Arsenal masih memerlukan penyerang baru setelah enam gol dijaringkan dalam dua perlawanan tersebut? 


Arsenal ketika ini memiliki dua penyerang berbisa, Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette, yang mana kedua-dua pemain ini sering kali digunakan Emery, baik ketika bermula dalam kesebelasan utama ataupun sebagai pemain gantian.

BACA: Rekod penampilan pemain The Gunners musim ini setakat ini.

Dan pencapaian dua penyerang The Gunners itu musim ini sangat menakjubkan apabila gandingan mereka berdua telah merekodkan 19 gol dalam kesemua kejohanan setakat ini.

Adakah Arsenal memerlukan pengganti Auba ketika ini ataupun musim depan?
Malahan mereka berdua turut berada dalam senarai penjaring terbanyak kelab ketika ini dan diikuti oleh Danny Welbeck, dengan lima gol secara keseluruhan.

Kedudukan senarai penjaring terbanyak Arsenal setakat ini (musim 2018/19).
Rank Posisi Pemain EPL Piala FA Piala EFL Liga Europa JUMLAH
1 FW Pierre-Emerick Aubameyang 10 0 0 2 12
2 FW Alexandre Lacazette 6 0 1 0 7
3 FW Danny Welbeck 1 0 2 2 5
4 MF Mesut Özil 3 0 0 1 4
5 MF Emile Smith Rowe 0 0 1 2 3
6 MF Henrikh Mkhitaryan 2 0 0 0 2
DF Shkodran Mustafi 2 0 0 0 2
MF Aaron Ramsey 1 0 0 1 2
MF Granit Xhaka 2 0 0 0 2
7 MF Mattéo Guendouzi 0 0 0 1 1
FW Alex Iwobi 1 0 0 0 1
DF Stephan Lichtsteiner 0 0 1 0 1
DF Nacho Monreal 1 0 0 0 1
DF Sokratis Papastathopoulos 0 0 0 1 1
MF Lucas Torreira 1 0 0 0 1
MF Joe Willock 0 0 0 1 1
Gol sendiri 4 0 0 0 4
JUMLAH 34 0 5 11 50



Namun kecederaan jangka panjang yang dialami Welbeck menyebabkan Emery kini kekurangan pemain berpengalaman dalam mengisi posisi tersebut bagi tujuan penggiliran.

Ketika ini, jentera serangan Arsenal memiliki tiga pemain muda dan secara keseluruhannya Emery memiliki lima penyerang dengan dua penyerang utama, namun beliau masih mampu menggunakan pemain daripada skuad U23.

Pun begitu, dengan kemaraan The Gunners ke peringkat seterusnya dalam saingan Liga Europa dan juga Piala Carabao yang bakal memasuki suku akhir, sudah tentu saingan semakin sengit dan memerlukan pemain yang mantap dalam penggiliran jika mahu mencipta kemenangan.

Tambahan pula, Arsenal bakal memulakan saingan Piala FA pada bulan Januari nanti, sudah tentu jadual perlawanan juga menjadi semakin padat.

Senarai penyerang sedia ada skuad The Gunners musim ini.
Bil Pemain
1 Pierre-Emerick Aubameyang
2 Alexandre Lacazette
3 Danny Welbeck (cedera)
4 Tyreece John-Jules
5 Edward Nketiah
6 Bukayo Saka

Dengan situasi meruncing Arsenal pada jentera serangan, ianya membuatkan media kini berlumba-lumba mengaitkan perpindahan penyerang dengan The Gunners, baik media Inggeris mahupun media Eropah lain.

Selain mengatakan bahawa Emery terdesak mencari pengganti Welbeck, media juga mengaitkan dengan penyerang yang perlu dipertimbangkan untuk masa hadapan Arsenal.

Laporan terkini media Belgium, DH mendakwa bahawa Arsenal telah menyertai perlumbaan untuk menandatangani Welsey Moraes dari Club Brugge dan dijangka membuat tawaran melebihi 15 juta euro pada musim sejuk (Januari) ini.

DH turut mengatakan bahawa pengurus kelab tersebut, Ivan Leko percaya bahawa pemain beliau itu mampu beraksi bersama Arsenal namun perlu berusaha lebih keras untuk mengimbangi dan menyesuaikan diri dalam liga Inggeris.

Beliau berkata (sebagaimana dipetik daripada laman tersebut):

"Saya yakin bahawa Wesley mempunyai tahap yang mencukupi untuk bermain bersama Arsenal. Dia boleh berbangga dengan apa yang telah dilakukannya dalam tempoh enam bulan yang lalu.

"Dia bekerja keras dan mendapat manfaat daripada itu, tetapi untuk bermain di Liga Perdana, dia perlu bekerja lebih keras, dan setiap hari."

Leko turut menambah dimana beliau tidak begitu risau bakal kehilangan pemain beliau itu kerana pihak pengurusan kelab pasti mempunyai rancangan untuk menggantikan mana-mana pemain yang akan dilepaskan (dijual).

"Adakah saya bimbang untuk baki musim ini? 

"Terdapat pihak yang bertanggungjawab di kelab yang merangka dan merancang masa depan dan penjualan pemain. 

"Saya tidak bimbang mengenai apa yang akan berlaku terhadap Dennis, Wesley atau Vanaken semasa jendela perpindahan seterusnya. " jelas Leko lagi.

Setakat ini, Wesley (22 tahun) pemain kelahiran Brazil telah menjaringkan 10 gol dan merekodkan lima bantuan gol dalam 23 penampilan musim ini .

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Gol per minit Minit Beraksi
Jupiler Pro League 16 7 5 178 1.243
Champions League 5 2 - 216 432
Belgian Supercup 1 1 - 71 71
Beker van Belgie 1 - - - 23
JUMLAH 23 10 5 177 1.769


Dan kontrak beliau bersama Club Brugge bakal berakhir pada Jun 2023, kira-kira lima tahun lagi setelah beliau memperbaharuinya baru-baru ini pada 3 September tahun ini.

Beliau bernilai sekitar £8.10 juta dalam pasaran semasa dan merupakan pemain termahal (mengikut pasaran semasa) dikalangan pemain Club Brugge.

Nilai pasaran semasa Wesley dan kedudukan beliau ketika ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post