Sebab mengapa Arsenal memilih Unai Emery berbanding Mikel Arteta.

Nama bekas Kapten Arsenal dan pembantu kepada Pep Guardiola di Manchester City, Mikel Arterta menjadi bualan antara mereka yang bakal menggantikan Arsene Wenger sebelum ini.



Namun, pihak pengurusan akhirnya memilih Unai Emery berdasarkan kepada faktor-faktor yang dijelaskan dibawah.

Sebelum mengumumkan Emery selaku pengendali baharu The Gunners, Arterta merupakan salah seorang calon yang kuat diperkatakan bakal menggantikan Arsene Wenger.


Mengikut undian yang dijalankan pada posting MyGooners terdahulu, Arteta mencatatkan undian ketiga tertinggi yang menjadi pilihan pembaca mengenai calon pengganti Arsene Wenger dengan mencatatkan sebanyak 16.6% ataupun 34 undian daripada 205 orang yang membuat undian.

Arteta merupakan pilihan ketiga pembaca MyGooners mengikut undian yang dilakukan pada posting dahulu (baca disini).



Walaupun undian tersebut dijalan secara suka-suka dan tidak menyenaraikan secara penuh calon-calon yang dikatakan menjadi pilihan, namun ianya sedikit sebanyak berdasarkan sumber yang boleh dipercayai daripada media Inggeris.

Mungkin terdapat beberapa nama yang teringgal, namun ianya bukanlah sesuatu yang ingin diperkatakan dalam ulasan kali ini.

Emery semenjak mengendalikan The Gunners bertindak cemerlang setakat ini walaupun dua perlawanan pembukaan liga mengalami kekalahan.

Semenjak tewas kepada Chelsea pada perlawanan kedua liga dengan keputusan 2-3, bekas pengendali PSG tu berjaya mencipta kemenangan selain mengekalkan rekod tanpa kalah The Gunners sehingga 20 perlawanan yang masih diteruskan setakat ini.

Walaupun pihak pengurusan tertinggi di Emirates tidak ragu-ragu ketika memilih Unai Emery sebagai pengganti Arsene Wenger, namun keadaan mungkin berbeza.

Ketika bekas pengurus Arsenal itu mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan Utara London pada awal tahun ini, penolong Manchester City, Mikel Arteta, dilihat sebagai pengganti yang begitu hampir untuk kepada Wenger.

Malahan syarikat perjudian diatas talian, Betway turut menghentikan pertaruhan keatas Arteta untuk menjadi pengurus Arsenal kerana merasakan bahawa bekas kapten Arsenal itu pasti dipilih menjadi pengganti Arsene Wenger.



BACA Berita Arteta disini (klik).

Arteta dilaporkan menjadi calon utama - 'favorite' sebelum Emery diumumkan selaku pengganti Arsene Wenger.
Arterta berada bersama pasukan Pep Guardiola ketika musim kegemilangan City yang berjaya merekod 100 mata untuk mengungguli liga musim 2017/18, menjadi  perhatian setelah pelbagai pihak terutamanya dari peminat di Utara London mahukan beliau diberi peluang untuk menjadi jurulatih utama The Gunners.

Namun dalam pendedahan yang dibuat oleh Telegraph sebagaimana dipetik oleh OneFootball, mereka telah menjelaskan mengapa pihak pengurusan tertinggi The Gunners memilih Emery berbanding Arteta.

Menurut laporan mereka, Arteta dalam temubualnya telah meminta peruntukan sebanyak € 150 juta dengan dana tersebut digunakan untuk mendapatkan beberapa pemain baru dalam usaha beliau untuk memulihkan dan melengkapkan skuad berdaya saing.

Sementara, Emery pula dikatakan tidak meminta dana terlalu besar untuk membawa Arsenal ke peringkat seterusnya.

Beliau hanya bergantung kepada pemain sedia ada dengan beberapa pemain tambahan yang tidak memerlukan belanja besar.

Berdasarkan kriteria itu, pihak pengurusan tertinggi Arsenal memilih Emery dan jelas ketika ini ianya merupakan pilihan yang tepat apabila pengendali The Gunners itu berjaya mencatatkan 20 perlawanan tanpa kalah termasuk kemenangan 4-2 yang mendebarkan pada derby Utara London.

Post a Comment

Previous Post Next Post