Pochettino sediakan 'senjata besar' hadapi serangan 'meriam' Emery.

Menjelang pertembungan peringkat suku akhir Piala Carabao - EFL Cup, Arsenal menerima kunjungan musuh setempat Utara London, Tottenham awal pagi esok, jam 3.45 pagi waktu Malaysia.



Selepas mengatakan bahawa Arsenal bukan lagi saingan utama Tottenham dan tumpuan harus diberikan secara menyeluruh dalam memastikan kecemerlangan kelab sentiasa berterusan,  Mauricio Pochettino turut menegaskan bahawa 'kemarau' trofi ataupun 'kabinet trofi yang dipenuhi habuk' merupakan satu isu besar untuk dirinya dan juga peminat Spurs.

Mengikut laporan Goal, Mauricio Pochettino dikatakan sedia untuk menurunkan barisan terkuat ketika berdepan The Gunners bagi memastikan kemaraan skuad kendalian beliau dalam memburu trofi pertama buat dirinya.



Dalam tempoh lima tahun mengendalikan Tottenham, Pochettino masih belum memenangi sebarang trofi dan paling hampir adalah pada musim 2016/17 apabila menamatkan saingan liga dikedudukan kedua dibelakang Chelsea.

Kedudukan liga musim 2016/17
Pos Team Pld W D L GF GA GD Pts
1 Chelsea (C) 38 30 3 5 85 33 +52 93
2 Tottenham Hotspur 38 26 8 4 86 26 +60 86
3 Manchester City 38 23 9 6 80 39 +41 78
4 Liverpool 38 22 10 6 78 42 +36 76
5 Arsenal 38 23 6 9 77 44 +33 75

Sebelum ini, percubaan pertama Pochettino untuk membawa trofi ke Spurs turut gagal apabila tewas di perlawanan akhir Piala Liga (League Cup - musim 2014/15) kepada Chelsea, 2-0.

Selain itu juga, Spurs turut tewas diperingkat separuh akhir Piala FA dalam dua musim terakhir.

Sementara Arsenal pula, mengikut laporan FourFourTwo,  Emery dikatakan sedia memberi peluang kepada pemain-pemain muda bagi perlawanan North London Derby ini.

Unai Emery is confident Arsenal's youngsters can help them bounce back from their defeat to Southampton when they face north London rivals Tottenham in the EFL quarter-finals on Wednesday.
--FFT

Emery sebagai mana dipetik daripada laporan itu berkata:

"Idea pertama kami ialah kita bermain dengan pemain terbaik yang boleh kita gunakan dalam derby ini," kata Emery pada sidang akhbar pada hari Selasa.

"Pihak lawan sangat hebat dan ia menuntut satu persembahan besar dari kami esok.

"Kita boleh menggunakan beberapa pemain muda kerana kita merasakan dengan prestasi yang hebat, mereka boleh membantu kita untuk menang."



Selain itu, Emery turut mengatakan bahawa kekalahan 2-3 pada Ahad lalu ditangan Southampton memberikan pengajaran kepada beliau untuk terus memperbaiki dan memantapkan The Gunners.

"Ahad bagi kami adalah pemeriksaan realiti yang besar dalam perjalanan kami. Kami perlu memperbaiki dan juga perlu teruskan dalam proses kami.

"Ini bukan hasil yang baik tetapi realiti ini memberi kita lebih banyak motivasi untuk terus bekerja keras, mencari sesuatu yang baru untuk bekerja pada setiap hari, dan juga membuat kita banyak menuntut dari diri kita dalam cara kita bekerja dengan cara ini."

Sudah pasti perlawan pagi esok menjanjikan sesuatu yang menarik selain Derby North London, ianya sangat menarik untuk melihat Emery menewaskan sekali lagi Pochettino  dan Spurs.

Namun perlawanan tersebut tidak disiarkan secara langsung oleh Astro memandangkan mereka tidak mendapat ataupun tidak memiliki hak penyiaran.

Pun begitu anda boleh menyaksikan perlawanan ini melalui live streaming yang boleh didapati dilaman TotalSportek.

Barisan kemungkinan kedua-dua pasukan:

Arsenal :Cech; Lichtsteiner, Sokratis, Koscielny, Maitland-Niles; Guendouzi, Xhaka; Mkhitaryan, Ozil, Ramsey; Lacazette

Tottenham : Vorm; Walker-Peters, Alderweireld, Foyth, Davies; Winks, Skipp; Son, Alli, Lucas; Kane

Post a Comment

Previous Post Next Post