Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa dalam bolasepak terutamanya Liga Perdana Inggeris terdapat 'Boxing Day' bagi perlawanan selepas 25 Disember ataupun lebih tepat lagi pada 26 Disember, sehari selepas menyambut Hari Natal ataupun Hari Krismas?
Boxing Day bukanlah Boxing - Tinju... Boxing merujuk kepada KOTAK - BOX ataupun Kotak Hadiah Hari Krismas.
Namun yang pasti, ianya adalah hari cuti yang digunakan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sebelum ini, jujur penulis mengganggap bahawa Boxing Day adalah Boxing - Tinju dan apabila dikaitkan dengan bolasepak, ianya adalah perlawanan hebat untuk sesebuah kelab yang mana ianya mungkin mengatasi perlawanan DERBY untuk perlawanan selepas menyambut Krismas (26 Disember).
Dan sudah tentu juga penulis tertanya-tanya dimanakah dan mengapakah ianya dipanggil "BOXING DAY" serta dimanakah perkataan tersebut sebenarnya berasal.
Hasil pencarian menemukan beberapa perkara menarik dimana ianya bukan sahaja dikaitkan dengan sukan malahan dalam beberapa perkara lain.
Inilah segala yang perlu anda ketahui mengenai BOXING DAY :
- Bilakah Boxing Day?
- Kenapa dipanggil Boxing Day?
Jatuh pada St Stephen's Day, sejarah menunjukkan bahawa hari itu perayaan ini mendapat namanya, dari tradisi gereja yang mengumpulkan sumbangan dalam kotak untuk golongan miskin selepas Krismas semasa zaman Victoria.
![]() |
Gambar sekadar hiasan. |
- Tradisi Boxing Day di UK
Sehingga larangan mula berkuat kuasa pada tahun 2005, pemburuan rubah (musang) cukup sinonim dengan 26 Disember bagi sesetengah orang dan mereka masih meneruskan tradisi tersebut hingga ke hari ini dengan melakukan pemburuan seret, di mana anjing mengikuti kesan bau yang disediakan oleh penganjur.
Apabila masuk ke acara sukan, hari ini lebih banyak dikaitkan jadual penuh perlawanan bolasepak seharian.
Sejak Bolasepak Hari Krismas ditinggalkan kerana jumlah yang semakin berkurangan selepas tahun 1958, Boxing Day telah menjadi hari bolasepak bersama keluarga sepanjang musim perayaan dan terbukti sangat popular.
Kini pihak penganjur yang menguruskan Liga Bolasepak Inggeris (EPL) memastikan dan merancang perlawanan supaya diadakan perlawanan didaerah berdekatan supaya peminat tidak perlu pergi ataupun menembuh perjalanan (travel) terlalu jauh semasa cuti.
![]() |
Kejohanan Boxing Day memburu rubah ataupun musang yang mendapat kelulusan. Kredit gambar Express. |
Walaupun secara tradisinya jualan pasca Krismas hanya akan bermula pada 1 Januari, kegilaan untuk tawaran pasca Krismas menyebabkan ianya dibawa beberapa hari lebih awal bagi memenuhi permintaan dan dilihat sebagai peluang untuk meningkatkan jualan semasa kemelesetan tahun 2008.
Dan kegilaan mereka yang mahu 'bershopping' begitu hebat sehinggakan sanggup beratur seawal jam 2 pagi untuk menunggu gedung jualan dibuka dan terdapat juga pusat membeli belah yang membuka premis mereka seawal jam 5 pagi.
![]() |
Hunting the best buys: Queues form outside Prada in Birmingham. Credit photo : Daily Mail |
Sumber : Evening Standard, Daily Mail dan lain-lain bacaan dan rujukan.