Arsenal sepatutnya telah menandatangani Gary Cahill dahulu dan bukan sekarang,menurut lagenda kelab, Alan Smith

 

Arsenal sepatutnya menandatangani Gary Cahill sebelum pemain tersebut menyertai Chelsea dan bukannya pada bulan depan.



Krisis kecederaan pemain Arsenal terutamanya pada barisan pertahanan menyebabkan kelab dikaitkan dengan beberapa perpindahan pada jendela kedua yang akan dibuka dalam beberapa hari sahaja lagi.

Dengan kekurangan pemain berpengalaman dan berkualiti diposisi pertahanan (ekoran kecederaan) disamping bakal mengharungi jadual perlawanan yang padat menjelang Januari ini, The Gunners begitu kuat dikaitkan dengan pemain-pemain pertahanan terutamanya pertahanan tengah.

BACA: Liverpool juga melepaskan peluang dahulu namun Arsenal yang menjadi perhatian.

Salah seorang pemain pertahanan yang mendapat perhatian dan begitu kuat diperkatakan bakal menyertai Arsenal pada jendela perpindahan yang akan dibuka bulan depan adalah pertahanan tengah Chelsea, Gary Cahill.

Cahill 33 tahun, sebelum ini juga dikaitkan dengan The Gunners sebelum pemain tersebut menandatangani kontrak bersama Chelsea dari Bolton pada Januari 2012.


Chelsea menandatangani Cahill pada Januari 2012


Mengikut Alan Smith yang merupakan bekas pemain dan lagenda The Gunners, beliau percaya bahawa Arsenal sepatutnya telah menandatangani pertahanan tengah itu dahulu (ketika era Wenger) dan bukannya pada masa kini (pada jendela perpindahan Januari 2019).

Smith berkata pemain pertahanan tengah itu telah bertemu dengan bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger tetapi gagal mencapai kata putus dalam rundingan yang dijalankan.

Walaupun Cahill merupakan kapten pasukan The Blues, namun beliau setakat ini hanya membuat satu penampilan sahaja dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan beraksi selama 21 minit sahaja.

Rekod penampilan setakat ini (2018/19) bersama Chelsea.
Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi
Europa League 4 - 360'
EFL Cup 2 - 180'
Premier League 1 - 21'

Perkembangan itu menunjukkan bahawa khidmat pemain tersebut tidak lagi diperlukan oleh Maurizio Sarri di Stamford Bridge dan dilaporkan juga bahawa Cahill dibenarkan untuk berpindah pada Januari ini.


Arsenal sekali lagi dikaitkan dengan pemain itu kerana ketika ini Emery mengalami kekurangan pertahanan tengah setelah kecederaan jangka panjang Rob Holding, yang mana pengendali The Gunners itu terpaksa melupakan khidmat pertahanan muda berusia 23 tahun itu bagi saingan musim ini.

Selain Holding, Emery turut terpaksa melupakan seorang lagi khidmat pertahanan muda Arsenal, Konstantinos Mavropanos buat sementara kerana kecederaan pangkal paha.

BACA : Perkembangan pemain Arsenal yang cedera.

Smith mengakui Cahill mempunyai karier yang baik sejak bersama Chelsea namun beliau tidak percaya bahawa pemain tersebut merupakan pilihan tepat untuk Emery dan Arsenal menandatanganinya pada jendela perpindahan bulan depan.

"Arsenal sepatutnya telah menandatangani Gary Cahill sebelum dia pergi ke Chelsea," kata Smith kepada Express Sport.

"Dia bercakap dan mengadakan pertemuan dengan Arsene Wenger namun ia tidak berlaku (perpindahan).

"Tetapi dia menjadi pemain pertahanan yang bagus.

"Sekarang anda akan menandatangani seseorang yang berada di tahun-tahun terakhirnya dan tidak berada di puncaknya.

"Saya tidak melihatnya sebagai pemain yang diperlukan (pemain utama)."

Jendela perpindahan Januari akan dibuka pada 1 Januari dan ditutup pada 31 Januari 2019.


Post a Comment

Previous Post Next Post