Kesian Jose Mourinho...Tiada simpati buat mu The Special One

Selepas kecoh mengenai berita pengurus tersohor dunia dipecat daripada kelab bolasepak Setan Merah, dunia 'Internet' tidak memberi peluang langsung terhadap Jose Mourinho.


Entah berapa kali The Special One ini telah dipecat sepanjang karier beliau selaku pengurus pasukan.

Bermula bersama Chelsea pada 20 September 2007 apabila beliau meninggalkan kelab tersebut dengan persetujuan ataupun 'by mutual consent' - macam dipecat je ni.

Please don't call me arrogant, but I'm European champion and I think I'm a special one.

Kemudian beliau menyertai Inter Milan sebelum menyertai Real Madrid yang akhirnya beliau menerima nasib yang sama apabila pada 20 Mei 2013, Presiden Real Madrid, Florentino Pérez mengumumkan Mourinho akan meninggalkan kelab selepas persetujuan bersama dicapai - 'mutual agreement', kira dipecat jugak lah tu kan.

Pada 17 Disember 2015, setelah kalah 9 daripada 16 perlawanan Liga Perdana, Chelsea mengumumkan bahawa mereka telah berpisah dengan Mourinho 'secara persetujuan bersama', ni kira pecat la kan..?

Dan terbaru, pada 18 Disember 2018, The Special One mencatatkan rekod baru apabila dipecat oleh Setan Merah yang mana kelab tersebut telah mengumumkan bahawa beliau tidak lagi menguruskan Manchester United.

Ekoran pemecatan itu, dunia bolasepak terutamanya dunia Internet telah memberikan reaksi tanpa belas kasihan terhadap The Special One.

Kita mula dengan reaksi dari Old Trafford yang sedikit sopan. 😎


Kemudian...boom!







Adakah ianya bakal bersambung...?

Post a Comment

Previous Post Next Post