Lagenda Manchester United, Gary Neville kecam tindakan Pogba namun lagenda Arsenal, Ian Wright tampil pertahankan beliau.

Tindakan pemain Setan Merah, Paul Pogba memuat naik status dilaman sosial Instagram miliknya dengan menggunakan kapsyen 'Caption this' dengan gambar 'menganjing' selepas Mourinho dipecat cetus kemarahan Gary Neville.



Namun Ian Wright tampil mempertahankan tindakan Pogba itu walaupun status berkenaan telah dipadamkan oleh pemain Manchester United itu.

Paul Pogba menghadapi 'serangan' yang diketuai oleh bekas pemain pertahanan Manchester United, Gary Neville selepas tindakan pemain tengah itu bagaikan menyindirkan pemecatan Jose Mourinho pada status kontroversi Instagram miliknya yang kemudiannya dipadamkan 10 minit kemudian.

Pogba meletakkan gambar dirinya tersenyum dan menulis 'caption this' yang mendorong Neville untuk bertindak balas di Twitter: 'Anda begitu juga!' yang merujuk supaya Pogba juga bertindak mengikuti Mourinho meninggalkan Old Traffors.


Rakan sekerja Neville di Sky Sports, Jamie Carragher juga turut mengkritik Pogba, yang telah memadamkan tampalan tersebut.


Pemain antarabangsa Perancis, Pogba dikatakan menghadapi masalah dengan Mourinho sejak beberapa bulan lalu dengan menyaksikan jawatan kapten pasukan telah dilucutkan daripada beliau sejak awal musim ini.

Dan sejurus selepas Mourinho dipecat, Pogba telah memuat naik gambar ke Instagram di mana beliau mempamerkan 'senyuman nakal' penuh 'menganjing' di mukanya dan meletakan tampalan tersebut dengan "Caption this!'.

Pemain berusia 25 tahun itu akhirnya memadamkan status berkenaan 10 minit kemudian selepas lebih daripada 64,000 orang menyukainya.

Selain Neville, Jamie Carragher juga membalas tindakan tersebut apabila membalas kicauan Neville pada laman Twitter dengan : 'Letih! Banyak kelab di Eropah beraksi baik tanpa dia !! '


Walaupun lagenda Manchester United dan Liverpool mengecam tindakan Pogba itu, namun Ian Wright yang merupakan lagenda The Gunners tampil mempertahanan pemain tersebut pada status dan video beliau di laman Instagram.

Ian Wright menulis pada laman Instagramnya: "Chill! Tweet Paul Pogba itu jelas ditaja / post secara automatik. Tidak mungkin pemain atau Adidas mahu memperjudikan hubungan mereka dengan kelab seperti itu. Masa Mourinho telah berakhir tetapi ianya bukanlah masa untuk menyalahkan seseorang. Pasukan harus sedia dengan situasi itu dan menangani tekanan yang datang selepas keputusan hari ini."



Post a Comment

Previous Post Next Post